Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks

Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks. Panduan buat peminjam pinjaman pelajaran PTPTN. Berita baik buat anda dimana peminjam boleh membuat bayaran balik PTPTN melalui JomPay. Dengan adanya perkhidmatan JomPay, peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara dalam talian (online). Melalui JomPay, transaksi anda lebih cepat, selamat dan mudah. Berikut adalah cara bayaran balik pinjaman PTPTN melalui JomPAY.

Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks

JomPAY adalah merupakan satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran menerusi online dan telefon mudah alih di Malaysia. Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan penambahan deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa.

Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara bayaran balik pinjaman PTPTN secara online melalui JomPAY termasuk memaparkan kelebihan JomPAY :

Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui JomPAY

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan JomPAY Online:

1. Dapatkan Biller Code dan Ref-1 melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN.

2. Daftar masuk perbankan internet/ telefon mudah alih

> Pilih Bill Payment > Cari menu JomPAY

3. Mulakan transaksi bayaran

> Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2

4. Pilih akaun anda, sama ada akaun semasa, simpanan atau kad kredit*

5. Masukkan jumlah bayaran dan teruskan bayaran.

> Resit akan dipaparkan bagi setiap transaksi yang berjaya

6. Kemaskini sebagai Favourites untuk bayaran seterusnya.

7. Selesai.

Nota :

*Penggunaan akaun kad kredit hanya dibenarkan untuk bayaran balik pinjaman sahaja.

Pengguna Maybank2u 

1. Log in Maybank2u

2. Pergi ke Account & Banking > BillbPayment > JomPAY > Make A One-Off Payment

3. Masukkan semua details yang diperlukan.

4. Masukkan nombor TAC.

5. Pembayaran berjaya.

Pengguna CIMBClicks

1. Log in CIMBClicks

2. Pergi ke tab Pay > Bills > Pay Bills

3. Pilih akaun anda.

4. Pilih pilihan ketiga iaitu JomPAY.

5. Masukkan biller code.

6. Kemudian submit.

7. Masukkan Reference No.1

8. Masukkan Reference No.1 (No. Telefon)

Kelebihan JomPAY

1. Perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus.

2. Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet bagi bank yang terlibat.

3. Kemudahan JomPAY boleh dinikmati melalui perbankan internet dan telefon mudah alih melibatkan 42 bank yang terlibat. Senarai bank boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN.

Sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, sila hubungi di :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional,

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,

Blok D, Megan Avenue II, No. 12,

Jalan Yap Kwang Seng,

50450 Kuala Lumpur

Careline: 03 – 2193 3000

Faks: 03 – 2193 1263

Selamat membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN sebagai tanggungjawab sebagai pelajar. Semoga perkongsian tentang Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks dapat dijadikan panduan buat peminjam.

Sumber : PTPTN

Leave a Reply

%d bloggers like this: