JobMatchingPTPTN Portal Pencarian Kerja Online Buat Peminjam PTPTN

JobMatchingPTPTN Portal Pencarian Kerja Online Buat Peminjam PTPTN. Panduan buat para graduan yang masih mencari-cari pekerjaan. Tahukah anda tentang JobMatchingPTPTN? Berita baik buat anda di mana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyedia satu aplikasi online iaitu JobMatchingPTPTN untuk membantu peminjam PTPTN yang masih belum mempunyai pekerjaan. Ianya dapat membantu para peminjam PTPTN mendapatkan pekerjaan yang sesuai melalui pemadanan kerjaya. Anda boleh memohon pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing secara dalam talian di laman web JobMatchingPTPTN.

JobMatchingPTPTN Portal Pencarian Kerja Online Buat Peminjam PTPTN

JobMatchingPTPTN Portal Pencarian Kerja Online Buat Peminjam PTPTN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang JobMatchingPTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan, keistimewaan dan cara permohonan :

Apa itu JobMatchingPTPTN?

JobMatchingPTPTN adalah program kerjasama PTPTN dengan Prestariang System Sdn Bhd (PSSB) yang bertujuan untuk:-

1. Membantu peminjam PTPTN mendapatkan pekerjaan yang sesuai melalui pemadanan kerjaya.

2. Memberi peluang dan pendedahan kepada peminjam PTPTN mengikuti latihan kemahiran tambahan bagi memenuhi ekspektasi majikan.

3. Membantu peminjam PTPTN menguruskan  bayaran balik  pinjaman secara konsisten.

Syarat Menyertai JobMatchingPTPTN

a) Anda mestilah peminjam PTPTN yang masih mempunyai baki hutang pinjaman.

b) Anda dikehendaki membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji atau direct debit.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2020 Melalui KWSP

Keistimewaan dan Kelebihan Program JobMatchingPTPTN

Berikut adalah antara beberapa keistimewaan dan kelebihan program JobMatchingPTPTN seperti di bawah :-

a) Padanan pekerjaan berdasarkan penilaian minat, kemahiran akademik dan pengalaman kerja.

b) Jaminan peluang pekerjaan eksklusif untuk peminjam PTPTN.

c) Bimbingan dan latihan disediakan PERCUMA*.

d) Pakej gaji mengikut standard terkini.

e) Membantu pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Nota :
*Pinjaman PTPTN disediakan bagi latihan kemahiran tambahan yang melebihi RM2,000. Latihan Kemahiran tambahan yang bernilai tidak melebihi RM2,000, PTPTN akan menyediakan  secara percuma dengan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada 10,000 peminjam terawal.

Cara Permohonan dan Pendaftaran JobMatchingPTPTN Online

Langkah 1 : Daftar

Permohonan boleh dibuat melalui portal web jobmatchingptptn.my. Anda akan menerima emel pengesahan pendaftaran untuk proses yang seterusnya.

Langkah 2 : Lengkapkan Profil

Muat naik resume dan lengkapkan profil anda.

Langkah 3 : Hadiri Temuduga

Pihak majikan akan mengatur temuduga.

Langkah 4 : Persediaan Pekerjaan

Latihan secara dalam dan luar talian secara PERCUMA.

Langkah 5 : Mulakan Kerjaya

Bina masa depan yang cerah melalui kerjaya yang diindamkan.

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut tentang JobMatchingPTPTN boleh hubungi seperti berikut ;

No. Tel : 013- 4710 474
Email : support@jobmatchingptptn.my

BACA JUGA : Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks

Sumber : PTPTN

Leave a Reply