Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2024 (STAM)

Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2024 (STAM). Bilakah tarikh waktu peperiksaan STAM tahun 2024? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2024. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2024 akan dilaksanakan bermula pada 3 hingga 6 Februari 2025 serta 10, 12 dan 13 Februari 2025. Seramai 4,507 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun 2024 di 132 buah pusat peperiksaan seluruh negara. Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2024 boleh dimuat turun menerusi portal Lembaga Peperiksaan (LP) di lp.moe.gov.my. Untuk jadual penuh peperiksaan yang lain seperti SPM, SPMU dan STPM, sila rujuk di Takwim Peperiksaan Awam.

Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023 KPM (STAM)

Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2024 (STAM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jadual peperiksaan STAM yang memaparkan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan:

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau ringkasnya STAM adalah satu peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke universiti awam di Malaysia. Peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) atau semasa menduduki di Tingkatan Enam.

Tarikh Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2024

2023

Download Jadual Peperiksaan STAM 2024

Jadual waktu peperiksaan bertulis STAM 2024 boleh diperolehi dengan memuat turun melalui pautan http://lp.moe.gov.my/files/spm/2024/JWP%20STAM%202024.pdf

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. Calon perlu mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan STAM tahun 2024.

Panduan Menduduki Peperiksaan STAM

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan atau bilik peperiksaan dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam
Dewan/Bilik Peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Dewan/Bilik Peperiksaan.

3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. Membuat rujukan di luar Dewan/Bilik Peperiksaan semasa peperiksaan.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web KPM www.moe.gov.my.

BACA JUGA: Jadual Waktu Peperiksaan SPM

Leave a Reply