Jadual STPM Semester 1, 2 & 3 2023 (Terkini)

Jadual STPM Semester 1, 2 & 3 2023 (Terkini). Berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam tahun 2023. Selain itu, pelajar juga boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik melalui permohonan UPUOnline. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan kalendar peperiksaan STPM tahun 2023 secara rasmi menerusi portal MPM. Bagi yang ingin menduduki peperiksaan STPM tahun 2023 perlu membuat pendaftaran bermula pada 1 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Berikut dikongsikan adalah kalendar peperiksaan STPM 2023.

Jadual STPM Semester 1, 2 & 3 2023 (Terkini)

Jadual STPM Semester 1, 2 & 3 2023 (Terkini)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar STPM yang mengandungi tarikh pendaftaran, peperiksaan bertulis serta ujian lisan bahasa Arab :

Cara Daftar Peperiksaan STPM 2023 Online

Bagi yang ingin menduduki peperiksaan STPM sila buat pendaftaran secara online melalui laman web MPM http://www.mpm.edu.my atau http://mesp.mpm.edu.my/onlineSTPM.

Kalendar Peperiksaan STPM 2023

SEMESTER 3 STPM 2022

Jadual STPM Semester 1, 2 & 3 2023 (Terkini)

SEMESTER 1 STPM 2023

Jadual STPM Semester 1, 2 & 3 2023 (Terkini)

Panduan Menduduki Peperiksaan STPM

a. Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan tiga puluh minit sebelum peperiksaan bermula bagi tiap-tiap kertas.

b. Calon dikehendaki meletakkan kad pengenalan calon di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Calon mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya calon tidak membawa dokumen ini (bagi calon sekolah).

c. Calon hendaklah menulis nombor kad pengenalan, angka giliran, kod dan nama kertas, dan semester/ulangan serta tahun peperiksaan dengan jelas dalam ruang yang disediakan pada setiap helaian kertas tulis (MPM/P1.2) yang dibekalkan.

d. Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru pada kedua-dua belah halaman kertas jawapan melainkan jika terdapat arahan pada kertas soalan yang melarang calon berbuat demikian. Pensel berwarna atau pena mata bola berwarna lain hanya boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta sahaja.

e. Calon hendaklah membawa alat matematik dan alat lukisan sendiri bagi mata pelajaran yang memerlukannya.

f. Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang boleh digunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu yang tidak membenarkan penggunaannya.

g. Alat seperti telefon bimbit, kamera, radio, perakam suara, dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas (untuk calon istimewa yang memerlukan keperluan khas).

Download Kalendar Peperiksaan STPM 2023

Bagi anda yang ingin mendapatkan jadual peperiksaan STPM 2023 dengan lengkap dalam bentuk PDF, anda boleh muat turun melalui MPM.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian ;

Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel : 03-6126 1600
No. Faks : 03-6136 1488
Emel : ppa@mpm.edu.my

BACA JUGA :

Leave a Reply