Jadual Waktu Peperiksaan MedEx 2024 Semua Sesi (Pendaftaran). Bilakah tarikh pendaftaran peperiksaan MedEx tahun 2024? Panduan buat calon yang ingin mengambil peperiksaan Medical Specialist Pre-Entrace Examination (MedEx) tahun 2024. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan jadual Peperiksaan MedEx tahun 2024 yang mengandungi tarikh pendaftaran dan hari peperiksaan. Lazimnya, peperiksaan MedEx akan diadakan sebanyak 3 kali dalam setahun bagi sesi 1, 2 dan 3.
Jadual Waktu Peperiksaan MedEx 2024 Semua Sesi (Pendaftaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan MUET yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh ujian bertulis dan ujian speaking :
Apakah Peperiksaan MedEx?
Medical Specialist Pre-Entrace Examination (MedEx) atau bahasa Melayu dikenali sebagai Peperiksaan Pra-Kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan merupakan satu peperiksaan yang ditubuhkan oleh Majlis Dekan Perubatan Malaysia dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah Akta 225. Ia berfungsi sebagai salah satu saringan kriteria untuk memilih calon yang baik untuk menyertai latihan pakar klinikal di universiti awam seluruh Malaysia.
Kalendar Peperiksaan MedEx 2024
Sesi 1
- Kertas Ujian: Obstetrics And Gynecology, Ophthalmology & Paediatrics
- Tarikh Pendaftaran: 22 Januari – 26 Februari 2024
- Tarikh Ujian: 24 April 2024
- Tarikh Keputusan: 8 Mei 2024
Sesi 2
- Kertas Ujian: Obstetrics And Gynecology
- Tarikh Pendaftaran: 26 April – 7 Jun 2024
- Tarikh Ujian: 6 Ogos 2024
- Tarikh Keputusan: 20 Ogos 2024
Sesi 3
- Kertas Ujian: Semua Bidang Kepakaran
- Tarikh Pendaftaran: 15 Julai – 6 September 2024
- Tarikh Ujian: 5, 6, 7, 11 dan 12 November 2024
- Tarikh Keputusan: 2 Disember 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Jadual MUET On Demand
Download Jadual MedEx Exam 2024
Bagi pelajar yang ingin dapatkan kalendar peperiksaan MedEx tahun 2024 dalam bentuk PDF, calon boleh muat turun di laman web https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/kalendar/2024/Keluaran_4_Kalendar_MedEx_2024_Kemaskini_1912024.pdf
Cara Daftar Peperiksaan MedEx 2024 Online
Bagi yang ingin mendaftar peperiksaan MedEx boleh dibuat secara online menerusi portal MPM http://apps.mpm.edu.my/medex/public/register
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 61261634/1745 atau emel ke alamat medex@mpm.edu.my.
BACA JUGA: Kalendar Peperiksaan MUET