Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2024 (Dalam & Luar Negara)

Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2024 (Dalam & Luar Negara). Berita baik buat pelajar khususnya anak jati negeri Johor yang memerlukan pinjaman pelajaran. Untuk makluman, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ untuk mengikuti pengajian ke IPTA dan IPTS tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web YPJ bermula pada 9 September 2024 khususnya kepada pelajar IPTA dan IPTS TERPILIH.

Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2024 (Dalam & Luar Negara)

Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2024 (Dalam & Luar Negara)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pinjaman Pelajaran YPJ bagi program Diploma dan Ijazah termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan:

Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran YPJ

Antara syarat-syarat kelayakan pinjaman pelajaran YPJ yang pemohon perlu mengikuti iaitu :

A. Syarat Am

1. Lahir dan menetap di Johor.

2. Mendapat tawaran kemasukan atau sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.

3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.

4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.

5. Kursus yang diikuti mestilah sepenuh masa pengajian.

6. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).

7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).

8. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

DOKUMEN WAJIB

a) Slip permohonan

b) Salinan kad pengenalan pelajar

c) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga

d) Salinan surat tawaran IPT

e) Salinan sijil SPM dan sijil berhenti Sekolah

f) Salinan penyata gaji ibu dan bapa atau penjaga (SLIP GAJI/PENYATA PENDAPATAN)

g) Salinan Sijil kelahiran

h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)

B. Syarat Tambahan

DALAM NEGARA

i. Terbuka kepada IPTA & IPTS (terpilih) sahaja

ii. Gaji ibu atau penjaga tidak melebihi RM 8,000.00 sebulan

iii. Taraf pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa

LUAR NEGARA (MESIR, JORDAN & INDONESIA)

i. Terbuka kepada IPTA & IPTS (terpilih) sahaja

ii. Gaji ibu atau penjaga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan

iii. Sedang dalam tahun ke-2 pengajian tidak termasuk tahun persediaan / Asasi)

JENIS IPT DITAJA

  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)
  • Kolej Kemahiran Johor (KKJ) Marsah
  • UNITAR International University
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti SEGi
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
  • Universiti / Kolej Sunway
  • Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
  • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

EDUCITY JOHOR

  • Universiti Raffles Iskandar
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Netherland Maritime Institute Technology (NMIT)
  • Institusi Pengurusan Pembangunan Singapura (MDIS)

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web YPJ http://prolims.ypj.gov.my/.

BACA JUGA: Permohonan Insentif Harapan Siswa

Leave a Reply