Login PTPTN 2024: Semakan Penyata Pinjaman & Permohonan Online

Login PTPTN 2024: Semakan Penyata Pinjaman & Permohonan Online. Nak log masuk akaun PTPTN? Panduan buat permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tahun 2024. Untuk makluman, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau ringkasnya PTPTN diwujudkan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Bagi para pelajar yang mohon akan menggunakan bantuan pelajaran PTPTN untuk membiayai yuran pengajian serta kos sara hidup di Universiti Awam atau IPT tempatan.

Login PTPTN 2024: Semakan Penyata Pinjaman & Permohonan Online

Login PTPTN 2024: Semakan Penyata Pinjaman & Permohonan Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pembiayaan Pendidikan PTPTN termasuk memaparkan cara permohonan dan log masuk serta semak status pinjaman :

Permohonan Pinjaman PTPTN Online

1. Untuk permohonan pinjaman PTPTN boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register

2. Setelah daftar, pemohon boleh log masuk pendaftaran pinjaman menerusi pautan https://www.ptptn.gov.my/ionline/.

3. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dan ikuti proses permohonan sehingga berjaya.

Nota : Sila semak status permohonan PTPTN selepas enam (6) hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.

Login PTPTN Semakan Penyata Pinjaman

1. Untuk semakan penyata kewangan PTPTN boleh disemak secara online menerusi laman web http://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/.

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.

3. Ikuti arahan yang diberikan dan semak penyata pinjaman PTPTN anda.

Cara Batal Pinjaman PTPTN

Untuk pembatalan pinjaman PTPTN, peminjam perlu mengisi ‘Borang Pembatalan Pinjaman’ yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN beserta surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman pendidikan.

Bagi peminjam yang menerima penaja lain, sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja tersebut.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 2193 3000.

BACA JUGA :

Leave a Reply