Panduan Membeli No Pin PTPTN 2024 Online (Tarikh Pembelian)

Panduan Membeli No Pin PTPTN 2024 Online (Tarikh Pembelian). Adakah anda pelajar lepasan SPM atau STPM yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA/ IPTS? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN tahun 2024. Untuk makluman, permohonan pinjaman PTPTN boleh dibuat secara online di laman web rasmi PTPTN. Sebelum itu, calon perlu mendapatkan nombor pin PTPTN untuk proses permohonan online.

Panduan Membeli No Pin PTPTN 2024 Online (Tarikh Pembelian)

Sebelum ini anda hanya boleh membeli nombor pin PTPTN di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional sahaja. Anda perlu beratur dan menunggu giliran anda di panggil untuk membuat pembelian no pin PTPTN. Kini, anda tak perlu lagi kerana ditawarkan untuk membeli nombor pin PTPTN secara online di laman web rasmi PTPTN. Pastikan anda mempunyai akaun BSN untuk mendaftar pembelian no pin PTPTN secara online melalui Debit Kad BSN.

Panduan Membeli No Pin PTPTN 2024 Online (Tarikh Pembelian)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara pembelian nombor pin PTPTN secara online :

Cara Beli Nombor Pin PTPTN Online

1. Masuk ke laman sesawang PTPTN http://www.ptptn.gov.my/.

2. Anda akan ke halaman utama dan pilih butang ‘Pinjaman Pendidikan’ untuk ke proses seterusnya.

3. Seterusnya pilih butang ‘Permohonan Pinjaman Pertama Kali’ bagi yang tidak pernah mengisi maklumat PTPTN lagi. Kemudian, klik butang ‘PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN’.

4. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap pada bahagian No. Mykad, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan dan Emel. Kemudian, klik tanda tick ✅ dan DAFTAR.

5. Pada bahagian ‘BAYAR’, sila masukkan nombor kad debit anda untuk pembelian pin PTPTN secara online. Kemudian, klik pada butang bayar.

6. Setelah berjaya proses pendaftaran nombor pin PTPTN, permohonan PTPTN boleh dibuat secara online di portal rasmi PTPTN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
No. Faks: 03 – 2193 1263

BACA JUGA:

10 Comments

  1. Nur Hidayah Binti Marzuki September 3, 2020
    • mimi September 20, 2020
    • akmal September 24, 2020
    • Nazihah March 4, 2021
      • hafiz September 28, 2022
  2. aliciea October 1, 2020
  3. atikah amira October 30, 2020
  4. aniq July 24, 2021
  5. aisyah September 27, 2021
  6. hafiz September 28, 2022

Leave a Reply