Login SPPB KPM Online Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu. Apa itu SPPB KPM? Panduan buat pengguna yang menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu platform online iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu atau dikenali sebagai SPPB merupakan sistem pengurusan pentaksiran yang baru, berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM. Sistem SPPB ini diwujudkan bagi memastikan proses semakan keputusan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Untuk log masuk SPPB anda perlu ke laman web Sistem Pengurusan Identiti (idMe) di https://idme.moe.gov.my.
Login SPPB KPM Online Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu termasuk memaparkan log masuk:
Apa Itu SPPB KPM?
Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang baru, berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM. Ia merangkumi keupayaan proses yang berkaitan yang dikendalikan pada setiap peringkat sama ada di peringkat Kementerian, Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
Pelaporan Skor
Skor bagi ujian akhir sesi akademik (UASA) akan direkod oleh guru mata pelajaran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu melalui modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan modul Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PBD MBPK).
Cara Log Masuk SPPB KPM Online
1. Untuk log masuk akaun SPPB sila ke pautan https://idme.moe.gov.my/login
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
3. Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan.
4. Sistem akan papar Skrin Sistem Pengurusan Identiti (idMe) apabila pengguna berjaya Log Masuk.
5. Klik menu Aplikasi di bahagian kiri paparan.
6. Seterusnya, pilih Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.
Untuk keterangan lanjut sila emel ke supportidMe@moe.gov.my.
BACA JUGA: Cara Mendaftar idME Online