Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (eEduloan) Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (eEduloan) Online. Panduan buat pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi. Sudah pastinya ramai yang mula terfikir tentang pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan pinjaman pelajaran MARA di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPiP). Pinjaman pelajaran MARA dibuka khususnya kepada calon-calon bumiputera yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian MARA (IPMa) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS).

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (eEduloan) Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (eEduloan) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan pinjaman pelajaran MARA termasuk memaparkan syarat pinjaman, kadar pembayaran dan aplikasi permohonan :

Syarat Pinjaman Pelajaran MARA

Antara syarat-syarat am bagi semua jenis program di bawah Pinjaman Pelajaran MARA adalah seperti berikut :

1. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar atau bandar yang berpendapatan rendah bagi golongan (B40 & M40).

2. Pelajar atau ibu bapa/ penjaga mesti berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.

3. Ibu bapa atau penjaga termasuk pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.

4. Pinjaman diberikan kepada pengajian sepenuh masa sahaja.

5. Pelajar tidak menerima bantuan tajaan daripada mana-mana agensi atau badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.

6. Pinjaman MARA tidak diberikan kepada pengajian di peringkat yang sama ketika permohonan.

7. Tidak pernah ditamatkan pinjaman oleh mana-mana agensi atau badan penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

8. Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik atau berjangkit yang memerlukan rawatan susulan.

9. Had umur pemohon mengikut peringkat pengajian masing-masing.

Kadar Pembayaran Pinjaman MARA

Kadar pembayaran pendahuluan MARA yang boleh diluluskan oleh Pejabat MARA Negeri hanyalah dalam 3 amaun seperti berikut :

i. RM1000; atau

ii. RM1500; atau

iii. RM2000

Nota : Pemohon akan menerima bayaran di Pejabat MARA Negeri yang telah dipilih semasa permohonan dalam talian dibuat.

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Sebelum membuat permohonan pinjaman MARA, pelajar dikehendaki membuka akaun simpanan di atas nama pelajar sama ada di Bank Islam, CIMB, RHB Islamic, Bank Rakyat atau Bank Simpanan Nasional (BSN). Dinasihatkan pelajar juga dikehendaki mempunyai akaun email yang aktif. Berikut panduan permohonan pinjaman MARA :

1. Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://myeduloan.mara.gov.my.

2. Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/surat beranak hendaklah disahkan serta dihantar ke Pejabat MARA Negeri sebagaimana yang telah dipohon oleh pelajar di dalam talian.

INFO BERKAITAN :

● Semakan Baki Pinjaman MARA Online (e-Baki)

● Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Semoga perkongsian tentang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (eEduloan) Online dapat dijadikan panduan buat pelajar. Selamat membuat permohonan dan moga anda mendapat tawaran pendidikan ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: