Permohonan STR 2024 Baharu (Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah). Nak buat permohonan baharu STR? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin memohon dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024. Untuk makluman, YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 akan dibuka sepanjang tahun bermula 1 November 2023. Bagi individu yang layak untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah boleh mengemukakan pendaftaran baharu atau mengemaskini maklumat secara dalam talian menerusi portal STR LHDNM https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Permohonan STR 2024 Baharu (Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sumbangan Tunai Rahmah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara daftar dan kemaskini:
Tarikh permohonan: sepanjang tahun bermula 1 November 2023
Syarat Kelayakan Permohonan Baharu STR 2024
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
A. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
C. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nilai Bantuan STR 2024
A. Isi Rumah
- RM2,500 dan ke bawah: RM1,000 (0 anak), RM1,500 (1-2 anak), RM2,000 (3-4 anak), RM2,500 (lebih 5 anak)
- RM2,501-RM2,500: RM500 (0 anak), RM750 (1-2 anak), RM1,000 (3-4 anak), RM1,250 (lebih 5 anak)
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM5,000 dan ke bawah: RM600
C. Bujang
- RM2,500 dan ke bawah: RM350
Jadual Pembayaran STR 2024
Bilangan | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
1 | Fasa 1 | Februari 2024 |
2 | Fasa 2 | April 2024 |
3 | Fasa 3 | Ogos 2024 |
4 | Fasa 4 | November 2024 |
NOTA: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Kaedah Pembayaran STR 2024
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
A. Kredit ke Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima/ pasangan.
B. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit.
Cara Permohonan Baharu STR 2024 Online
A. Permohonan Secara Dalam Talian
- Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal STR LHDNM https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pasangan, maklumat anak dan maklumat waris.
- Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
B. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
i. Portal Rasmi STR LHDNM; atau
ii. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
NOTA: Borang permohonan boleh dihantar ke Pejabat LHDNM/ Pejabat Satelit (PS)/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Cara Kemaskini Permohonan STR
- Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemaskini Permohonan.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang Kemaskini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pasangan, maklumat anak dan maklumat waris.
- Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
Soalan Lazim Tentang Sumbangan Tunai Rahmah
1. Saya telah menghantar permohonan STR. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemaskini permohonan?
Ya. Kemaskini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan STR.
2. Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon STR?
Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
3. Jika permohonan STR 2023 LULUS bagi kategori isi rumah dan pemohon meninggal dunia, adakah pasangan boleh membuat permohonan baharu STR 2024 dengan status perkahwinan terkini?
Ya. Pasangan boleh membuat permohonan baharu STR dengan status perkahwinan terkini dan amaun bayaran bagi kategori terbaharu akan mengikut kelayakan fasa yang seterusnya.
4. Bilakah permohonan rayuan STR 2024 boleh dilakukan?
Permohonan rayuan boleh dilakukan sepanjang tahun setelah keputusan permohonan dipaparkan.
5. Saya merupakan pemohon bagi kategori bujang yang berumur 59 tahun pada tahun 2023 dan telah membuat permohonan baharu atau kemaskini pada pada bulan November. Adakah permohonan saya akan dikategorikan sebagai permohonan Warga Emas Tiada Pasangan?
Ya. Permohonan anda akan dikategorikan sebagai permohonan Warga Emas Tiada Pasangan kerana anda menepati syarat umur 60 tahun pada tahun 2024.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hotline STR LHDNM di talian1-800-88-2747 atau emel ke str@mof.gov.my.
BACA JUGA: Cara Pendaftaran Pas MyRailLife
Sumber: MOF