Semakan Keputusan MUET Mac 2020 Online & SMS (Sesi 1)

Semakan Keputusan MUET Mac 2020 Online & SMS (Sesi 1). Bilakah tarikh result MUET Mac 2020? Perhatian buat calon yang menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2020. Untuk makluman menerusi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), semakan keputusan MUET sesi 1 2020 dijangka dibuat pada bulan Mei 2020. Semakan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman sesawang MPM. Berdasarkan tahun lepas, MUET sesi Mac 2019 boleh disemak pada 5 Mei 2019.

Semakan Keputusan MUET Mac 2020 Online & SMS (Sesi 1)

Peperiksaan MUET diperkenalkan oleh MPM adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris calon-calon Institusi Pengajian Tinggi dan juga syarat kemasukan lanjutan untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda melalui Permohonan UPUOnline. Bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Julai dan November 2020, sila rujuk Kalendar Peperiksaan MUET 2020.

Semakan Keputusan MUET Mac 2020 Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan MUET termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : akan dikemaskini

Cara Semak Keputusan MUET Mac 2020

A. Semakan MUET Online

1. Semakan keputusan MUET boleh dibuat secara online di laman sesawang MPM http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/

2. Sistem semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan.

B. Semakan MUET Melalui SMS

● Taipkan :
MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP & SMS ke 15888

● Contoh : MUET RESULT 950627075586 & SMS ke 15888

* Caj penghantaran RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20.

Nota : Bagi calon sekolah atau institusi, keputusan akan dihantar kepada Pengetua Sekolah atau Institusi melalui SSP JPN.

ARTIKEL BERKAITAN : Beza IELTS dan MUET (English Test)

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET 2020

1. Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat permohonan rayuan penyemakan semula MUET secara online di laman web MPM http://webmpm1.mpm.edu.my/muet.

2. Caj yang dikenakan untuk permohonan rayuan menyemak semula keputusan MUET adalah RM70.00 sahaja.

3. Calon boleh membuat pendaftaran dengan membuat pembelian nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional.

BACA JUGA :

Leave a Reply