Permohonan UPUSkills 2019 Lepasan SKM, DKM, ST & VTO

Permohonan UPUSkills 2019 Lepasan SKM, DKM, ST & VTO. Panduan buat pelajar lepasan SKM, DKM, ST dan mengikuti pengajian VTO yang berminat melanjutkan pengajian di Politeknik Konvensional dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Untuk makluman, anda boleh membuat permohonan UPUSkills bagi kemasukan pelajar ke Politeknik Konvensional dan ILKA. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web UPU yang dibuka pada bulan Februari 2019.

Permohonan UPUSkills 2019 Lepasan SKM, DKM, ST & VTO

Permohonan UPUSkills 2019 Lepasan SKM, DKM, ST & VTO

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional dan ILKA untuk menyambung tahap bagi lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO) ambilan 2019/2020 :

Jadual Sesi Permohonan

IKBN :

ADTEC :

JMTI :

ILP :

CIAST :

POLITEKNIK KONVENSIONAL :

BLKP :

Cara Pendaftaran dan Borang Permohonan UPUSkills Online

1. Daftar Akaun Baru

Bagi pemohon baru anda perlu membuat pendaftaran akaun dengan mengisi nombor kad pengenalan tanpa tanda dash ‘-‘. Sila masukkan alamat emel, kata laluan, pengesahan kata laluan dan klik daftar untuk pengesahan selanjutnya.

2. Log Masuk

Setelah pendaftaran akaun baru, anda boleh log in akaun tersebut dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Kemudian, anda boleh mengakses ke dalam sistem permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik Konvensional dan ILKA.

3. Lengkapkan Maklumat Peribadi

Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, no. tel rumah/ bimbit, emel, tarikh lahir, tempat lahir, status kahwin, pekerjaan dan sebagainya.

4. Lengkapkan Maklumat Akademik

Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat akademik seperti jenis kelayakan, pusat pengajian terdahulu, bidang pengajian, muat naik sijil kelayakan, maklumat SPM, peperiksaan tambahan jika ada dan klik butang simpan.

5. Lengkapkan Maklumat Kokurikulum

Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat kokurikulum yang disertakan. Klik butang simpan dan ke seterusnya.

6. Pilih Program Pengajian

Pemohon wajib mengisi program atau bidang pengajian yang dikehendaki.

7. Pengesahan Maklumat

Setelah anda melengkapkan maklumat, pemohon hendaklah menyemak semula maklumat yang diisi dan sekiranya ada perubahan sila ke halaman yang hendak diisi. Pemohon perlu klik butang sah dan hantar untuk pengesahan borang permohonan anda.

8. Cetakan Slip Permohonan UPUSkills

Sila cetak slip permohonan anda sebagai bukti pengesahan borang permohonan.

Selamat membuat permohonan UPUSkills untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional dan Institusi Latihan Kemahiran Awam sesi ambilan 2019/2020. Semoga permohonan anda berjaya bagi lepasan SKM, DKM, ST dan VTO.

Leave a Reply

%d bloggers like this: