Cara Daftar MyPTPTN Aplikasi Mudah Alih (Login)

Cara Daftar MyPTPTN Aplikasi Mudah Alih (Login). Nak log masuk MyPTPTN? Berita baik buat peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN dimana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang akan memanfaatkan lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Melalui MyPTPTN, peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN boleh membuat semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan mengemaskini profil pengguna hanya melalui atas talian (online). Pendaftaran ini boleh dibuat secara online melalui aplikasi MyPTPTN.

Cara Daftar MyPTPTN Aplikasi Mudah Alih (Login)

Cara Daftar MyPTPTN Aplikasi Mudah Alih (Login)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang aplikasi myPTPTN termasuk memaparkan syarat dan cara daftar:

Apa Itu Aplikasi myPTPTN?

myPTPTN adalah aplikasi mobile yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara online seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji bagi bayaran balik.

Syarat Daftar MyPTPTN

Syarat asas pendaftaran aplikasi myPTPTN iaitu:

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur 18 tahun dan ke atas.

c. Mempunyai Kad Pengenalan awam.

d. Mempunyai nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah

Artikel Berkaitan: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama

Senarai Perkhidmatan Disediakan Dalam MyPTPTN

i. Urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN

Pengguna boleh melakukan penambahan deposit atau bayaran balik bagi akaun milik sendiri atau pihak ketiga.

ii. Pembukaan akaun Simpan SSPN

Pengguna boleh membuka akaun Simpan SSPN bagi akaun diri sendiri dan anak kandung.

iii. Pindahan Simpanan Simpan SSPN

Pengguna boleh membuat pindahan simpanan Simpan SSPN ke akaun pinjaman diri sendiri dan akaun simpanan lain milik diri sendiri.

iv. Semakan Penyata

Pengguna boleh menyemak, mencetak dan menyimpan salinan penyata pinjaman dan Simpan SSPN yang telah dimuat turun.

v. Permohonan Bayaran Balik/Deposit Simpan SSPN melalui Debit Terus, Potong Gaji dan Auto Debit

Pengguna boleh membuat permohonan Debit Terus/ Potong Gaji/ Auto Debit untuk bayaran ansuran bulanan pinjaman dan deposit Simpan SSPN serta mengemaskini maklumat majikan.

vi. Mengemaskini profil pengguna

Maklumat yang boleh dikemas kini seperti No Telefon, E-mel, Alamat Surat Menyurat dan Frasa Log Masuk.

Cara Mendaftar Aplikasi PTPTN Online

  1. Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang’.
  2. Masukkan nama penuh seperti di kad pengenalan dan nombor kad pengenalan.
  3. Lengkapkan maklumat e-mel, nombor telefon bimbit dan alamat surat menyurat.
  4. Set kata laluan dan tentukan frasa/ ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
  5. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada e-mel.
  6. Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 2193 3000.

BACA JUGA : Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN

Sumber : PTPTN

Leave a Reply