Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Tingkatan Satu (ASBF)

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Tingkatan Satu (ASBF). Berminat melanjutkan pengajian ke Asrama Semai Bakti? Panduan buat pelajar Tahun Enam yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA. Untuk makluman, bagi pelajar yang berminat dan berkelayakan dipelawa memohon Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) tahun 2024 untuk kemasukan Tingkatan Satu. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula daripada 2 Oktober hingga 2 November 2023.

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Tingkatan Satu (ASBF)

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Tingkatan Satu (ASBF)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA 2024

  1. Permohonan ASBF online dibuka: 2 Oktober 2023
  2. Permohonan ASBF online ditutup: 2 November 2023
  3. Ujian UKKP:
  4. Semakan Tawaran:
  5. Permohonan Rayuan:
  6. Kemasukan ke ASBFKL, ASSBK, ASBFJB:

Syarat Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA 2024

Antara syarat-syarat kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA adalah iaitu :

A. SYARAT UTAMA

  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF).
  • Calon wajib membawa salinan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini dari sekolah masing-masing.
  • Generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.
  • Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

B. SYARAT TAMBAHAN

  • Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
  • Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan tatatertib.

Senarai Asrama Semai Bakti FELDA

Terdapat tiga Asrama Semai Bakti FELDA adalah iaitu :

  • Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur
  • Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru
  • Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan
Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Tingkatan Satu (ASBF)

Cara Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA Online

Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi laman web https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf-vmqhKVY8OUFkioTAyQxOrkA_Bl32InlVjS8aby0qysGHhQ/closedform

NOTA: Semua permohonan kemasukan, semakan panggilan temuduga dan semakan keputusan kemasukan ke ASBF adalah secara atas talian.

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan, sila hubungi di :

Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-2191 2056 / 03-2191 2057 / 03-2191 2011 / 03-2191 2071
No. Fax : +603-2191 2593
Emel : edu.unit@felda.net.my

BACA JUGA: Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional 2024

Leave a Reply