Permohonan ILKBS 2025 Online IKBN IKTBN AKBG (ekampus.kbs.gov.my). Berminat melanjutkan pengajian ke ILKBS? Panduan buat lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian di Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) ambilan 2025. Untuk makluman menerusi laman portal ILKBS, permohonan kemasukan ke ILKBS ambilan Sesi 1 2025 akan dibuka permohonan pada 1 Oktober hingga 15 November 2024. Permohonan bagi pengambilan Januari boleh dibuat terus menerusi laman web eKampus manakala sesi Julai, permohonan melalui sistem UPUOnline.

Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan atau ringkasnya ILKBS adalah merupakan sebuah institusi kemahiran yang merangkumi tiga (3) institusi iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Permohonan ILKBS 2025 Online IKBN IKTBN AKBG (ekampus.kbs.gov.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke ILKBS termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan: 1 Oktober – 15 November 2024 (Sesi 1), – (Sesi 2)
Syarat Kemasukan ILKBS 2025
Antara syarat-syarat umum kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan adalah seperti berikut :
1. Calon adalah warganegara Malaysia dan berusia antara 18 tahun hingga 30 tahun.
2. Calon berkebolehan membaca dan menulis.
3. Calon belum berkahwin atau berstatus bujang.
4. Calon sihat tubuh badan dan tidak ada penyakit kronik atau berjangkit.
Senarai Program Yang Ditawarkan di ILKBS
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1-5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan UPU Kemasukan ke UA
Tarikh Penting Kemasukan ILKBS 2025
Sesi 1 2025
- Tarikh Permohonan: 1 Oktober – 15 November 2024
- Temuduga Kursus: 1 – 12 Disember 2023
- Semakan Keputusan: 12 Disember 2023
- Pengesahan Terima/ Tolak Tawaran: 12 – 19 Disember 2023
- Pendaftaran Baharu: 5 Februari 2024

Cara Permohonan ILKBS 2025 Online
Bagi kemasukan ambilan Januari, calon boleh membuat permohonan di laman rasmi eKampus ekampus.kbs.gov.my. Manakala, pengambilan Julai pula boleh dibuat secara online di laman web UPUOnline.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://ekampus.kbs.gov.my/documents/Hubungi_ILKBS.pdf.
BACA JUGA: Senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam