Permohonan Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2024 Online (zakatpenang2u.com). Berita baik untuk para pelajar Pulau Pinang yang berhasrat melanjutkan pengajian ke IPT. Untuk makluman, Zakat Pulau Pinang menyediakan skim bantuan iaitu ‘Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang’ bagi meringankan beban untuk memulakan pengajian di peringkat kolej atau universiti dalam negeri dan juga luar negara. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web zakatpenang2u.com.
Permohonan Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2024 Online (zakatpenang2u.com)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang termasuk memaparkan syarat kelayakan, kategori dan cara mohon:
Syarat Kelayakan Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang
Antara syarat-syarat kelayakan Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang iaitu:
a. Terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja.
b. Permohonan dibuat dalam 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran sambung belajar diterima.
Kategori Permohonan Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang
- Sijil/Matrikulasi – RM600
- Diploma – RM800
- Ijazah Sarjana Muda – RM1000
- IPT Luar Negara – RM2000
Cara Mohon Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang
1. Permohonan ini boleh dibuat dalam talian di portal zakatpenang2u.com.
2. Log masuk atau daftar akaun sekiranya pengguna baharu.
3. Pilih ‘Bantuan Zakat’.
4. Pilih ‘Mohon Bantuan’.
5. Pilih ‘Bantuan Permulaan ke IPT’.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian;
Bahagian Institusi dan Pendidikan
Zakat Pulau Pinang, MAINPP
Tel: 04-549 8088 (Ext: 125/155/165/168)
Emel: pendidikan@zakatpenang.com