Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2024 MAINPP Online (Semakan Status). Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam di Malaysia. Untuk makluman, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan satu bantuan pelajaran iaitu Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang kepada semua pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PH.D untuk pengajian tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula pada 2 April hingga 30 November 2024 menerusi laman web MAINPP www.zakatpenang2u.com.
Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang termasuk tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : Bermula 2 April 2024
Syarat Kelayakan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2024
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut :
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan.
- Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
- Permohanan sekali sahaja dalam tempoh setahun.
- Permohanan hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh mendapat keputusan peperiksaan kecuali bagi pelajar luar negara.
Cara Mohon Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2024
1. Daftar dan mohon di laman web https://zakatpenang2u.com/
2. Pilih menu Bantuan Zakat.
3. Kemudian klik Permohonan Bantuan.
4. Seterusnya pilih menu Dermasiswa Pengajian.
5. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
6. Semak dan tekan butang ‘Hantar’ setelah selesai melengkapkan borang permohonan tersebut.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Dermasiswa Pengajian, Zakat Pulau Pinang di talian 04- 5498088/125/155/165 atau emel ke pendidikan@zakatpenang.com.
BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT