Permohonan Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme 2020 (TIPP) Peringkat Sarjana

Permohonan Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme 2020 (TIPP) Peringkat Sarjana. Anda berminat melanjutkan pengajian ke Thailand? Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan biasiswa pendidikan tahun 2020. Untuk makluman, Kerajaan Thailand menerusi Thailand International Cooperation Agency (TICA) telah menawarkan peluang biasiswa peringkat sarjana di bawah Thailand International Postgraduate Programme (TIPP) bagi tahun 2020 kepada pelajar-pelajar antarabangsa termasuk daripada Malaysia. Permohonan ini telah dibuka dan boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM.

Permohonan Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme 2020 (TIPP) Peringkat Sarjana

Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme (TIPP) ditawarkan untuk membuka peluang kepada negara tersebut dan rakan-rakan strategik untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam menyumbang kepada pembangunan mampan melalui lima bidang utama iaitu Kecekapan Ekonomi (Sufficiency Economy Philosophy), Keselamatan Makanan, Kesihatan Awam, Perubahan Iklim dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Permohonan Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme 2020 (TIPP) Peringkat Sarjana

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme

a. Calon perlu mempunyai komunikasi yang baik dalam Bahasa Inggeris.

b. Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun.

c. Calon mempunyai fizikal dan mental yang baik.

Keistimewaan Tajaan

Pihak TICA akan menanggung antara lain, pembiayaan tiket penerbangan sekali dalam tempoh pengajian, elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian bagi pelajar-pelajar yang berjaya mendapatkan tempat dalam program ini.

Cara Permohonan Biasiswa Thailand International Postgraduate Programme

Calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan di bawah ;

Borang Permohonan : https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2020/03_Mac/THAILAND_INTERNATIONAL_POSTGRADUATE_PROGRAMME_TIPP1.pdf

b. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap dan disahkan oleh pihak yang berkenaan perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pihak penyelarasan dan pengesahan Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 27 Mac 2020 kepada alamat email aswad.judin@moe.gov.my.

Untuk makluman lanjut berkenaan forum ini boleh diperolehi melalui laman sesawang http://www.tica.thaigov.net/main/en/relation/99237-TIPP-2019.html.

Leave a Reply