Permohonan Biasiswa The Star Education Fund 2020 (Borang)

Permohonan Biasiswa The Star Education Fund 2020 (Borang). Panduan buat pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam. Untuk makluman menerusi portal The Star menawarkan biasiswa The Star Education Fund kepada mereka yang berkelayakan yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di laman web rasmi The Star.

Permohonan Biasiswa The Star Education Fund 2020 (Borang)

Permohonan Biasiswa The Star Education Fund 2020 (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa The Star Education Fund termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

The Star Education Fund Scholarship ditawarkan dengan kerjasama Star Media Group dengan beberapa institusi pendidikan terbaik di Malaysia untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada golongan muda Malaysia.

Syarat Kelayakan The Star Education Fund Scholarship

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa The Star Education Fund adalah seperti berikut ;

i. Warganegara Malaysia, berumur tidak lebih daripada 25 tahun.
ii. Aktif dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum.
iii. Tidak menerima atau terikat dengan mana-mana biasiswa daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
iv. Memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM/UEC atau setarafnya dengan (bagi kursus Asasi dan diploma).
v. Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM/UEC atau setaraf dengannya (bagi kursus ijazah sarjana muda).

Cara Permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2020

  1. Pemohon boleh muat turun borang permohonan dari https://cdn.thestar.com.my/Content/PDF/edufundform_t2.pdf.
  2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
  3. Pemohon biasiswa yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
  4. Sila ambil perhatian bahawa biasiswa hanya meliputi institusi-institusi dan kursus-kursus yang disenaraikan sahaja.
  5. Permohonan mestilah sampai dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan SPM dan STPM diumumkan. Permohonan yang dihantar lewat tidak akan dilayan.
  6. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :

The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di ;

The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor
Phone: 0379671388
Email: edufund@thestar.com.my

Sumber : thestar

Leave a Reply