Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 BTAR (Semakan Keputusan). Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, kini pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) tahun 2025 bagi program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di univesiti tempatan awam dan swasta. Permohonan BTAR telah dibuka bermula daripada 8 Februari sehingga 8 April 2025 menerusi laman web rasmi BTAR www.yayasantar.org.my.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman atau ringkasnya BTAR adalah satu bantuan pelajaran yang dikhususkan kepada pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS.
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 BTAR (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Tunku Abdul Rahman termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 8 Februari – 8 April 2025
Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman yang pelajar perlu memenuhi adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 25 tahun.
- Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
- Pelajar yang sedang memohon kemasukan program Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS tahun 2025.
Senarai Tajaan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
a. Yuran Universiti – Penajaan penuh untuk yuran pengajian di universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh MQA.
b. Elaun Bulanan – Pemberian elaun sara hidup pada setiap bulan sepanjang biasiswa.
c. Elaun Tahunan – Dana pembangunan diri, elaun perkakas dan buku juga diberikan.
d. Elaun Sekali Sepanjang Biasiswa – Elaun tesis, komputer riba, penampilan diri dan penerbangan.
PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).
Cara Mohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Calon yang layak boleh membuat permohonan secara online menerusi laman web https://www.yayasantar.org.my/
Semakan Keputusan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025
Anda akan menerima balasan daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman pada hujung bulan Jun melalui emel.
Semua temuduga akan dijalankan secara maya dan anda akan disediakan dengan maklumat relevan jika anda dipanggil untuk temuduga.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 22836063 atau emel ke contactus@yayasantar.org.my.