Permohonan Biasiswa Pendidikan MIDF 2022 Online (Keputusan)

Permohonan Biasiswa Pendidikan MIDF 2022 Online (Keputusan). Panduan buat pemohon yang ingin membuat permohonan biasiswa untuk pengajian tahun 2022. Untuk makluman, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon MIDF Education Scholarship Programme tahun 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan mengisi borang melalui laman web www.midf.com.my sehingga 2 November 2022.

Permohonan Biasiswa Pendidikan MIDF 2022 Online (Keputusan)

Permohonan Biasiswa Pendidikan MIDF 2022 Online (Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Pendidikan MIDF termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh permohonan : sehingga 2 November 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Pendidikan MIDF 2022

Antara syarat-syarat kelayakan biasiswa Pendidikan MIDF adalah seperti berikut :

1. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.

2. PNGK 3.25 atau yang setaraf dengannya di peringkat pra-universiti (Yayasan/Matrikulasi) atau Diploma.

3. PNGK 3.25 atau yang setaraf dengannya dalam peperiksaan semester bagi pemohon yang sedang mengkuti tahun pertama Ijazah Sarjana Muda.

4. Pemohon mesti memperoleh 7A dalam SPM dan/atau 2A dalam STPM pada tahun-tahun yang berkenaan.

5. Tidak menerima sebarang biasiswa kewangan daripada mana-mana organisasi atau agensi lain pada masa permohonan.

6. Mempunyai sifat kepimpinan yang baik, keupayaan berpasukan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Cara Permohonan MIDF Education Scholarship Programme 2022

Bagi pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisi borang melalui https://www.midf.com.my/midf-education-scholarship-programme.

Hanya calon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan nanti.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian;

Alamat Pejabat:
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (3755-M),
Tingkat 19, Menara MIDF,
82, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia

E-mel: edu.scholarship@midf.com.my

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Ijazah Sarjana Muda

Leave a Reply