Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2024 Online (Semakan Keputusan. Anda sedang melanjutkan pengajian atau yang sedang belajar di Universiti Awam? Berita baik buat pelajar khususnya anak jati negeri Johor yang memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mempelawa kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri YPJ bagi sesi pengajian tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 12 Mac hingga 31 Mac 2023 menerusi portal rasmi YPJ http://portal.ypj.gov.my.
Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pinjaman Pelajaran termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 12 Mac – 31 Mac 2023
Syarat Kelayakan Yayasan Pelajaran Johor 2023
Antara syarat-syarat kelayakan pinjaman pelajaran YPJ adalah seperti berikut :
1. Lahir dan menetap di Johor.
2. Mendapat tawaran kemasukan atau sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
5. Kursus yang diikuti mestilah sepenuh masa pengajian.
6. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).
7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).
8. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.
9. Dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan ketika membawa surat permohonan pinjaman pelajaran YPJ :
a) Slip permohonan
b) Salinan kad pengenalan pemohon atau ibubapa/penjaga
c) Salinan sijil kelahiran
d) Salinan surat tawaran ke IPT
e) Salinan sijil SPM atau sijil berhenti Sekolah
f) Slip gaji/ pengesahan pendapatan ibu dan bapa/ penjaga.
g) Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)
NOTA: Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK yang setaraf dengannya.
TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA
- Sijil (Kolej Kemahiran Teknikal Johor (KKTJ) sahaja);
- Diploma (semua IPTA, KPYPJ/KKTJ, Marsah dan Educity sahaja);
- Ijazah Sarjana Muda (IPTA sahaja).
Cara Mohon Pinjaman YPJ 2023 Online
LANGKAH 1: Isi permohonan secara online menerusi laman web rasmi http://portal.ypj.gov.my/pinjaman-pelajaran-dalam-negeri/
LANGKAH 2: Semak emel untuk mencetak slip permohonan.
LANGKAH 3: Hantar slip permohonan disertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).
LANGKAH 5: Permohonan yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon.
LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel yang diterima.
Semakan Keputusan Pinjaman YPJ 2024
Semakan permohonan pinjaman dan pelajaran YPJ tahun 2023 boleh dibuat secara online di pautan http://prolims.ypj.gov.my/.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web http://portal.ypj.gov.my/blog/2023/03/permohonan-pinjaman-pelajaran-dalam-negara-sesi-12023-kini-dibuka/
BACA JUGA : Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang