Permohonan Insentif Harapan Siswa 2020 YPJ Online. Berita baik buat pelajar khususnya anak jati Johor yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY dan Marsah). Untuk makluman menerusi portal Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), kini permohonan Insentif Harapan Siswa sesi 1/2019 dibuka bermula 20 Mei 2019 hingga 20 Jun 2019 khusus untuk pelajar DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA SAHAJA. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi YPJ.

Bantuan Insentif Harapan Siswa ini dikhaskan kepada pelajar IPTA DAN IPTS yang memerlukan bantuan pendaftaran ke universiti yang dipohon. Bagi pemohon yang mempunyai pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas layak memohon bantuan pendidikan ini.
Permohonan Insentif Harapan Siswa 2020 YPJ Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Insentif Harapan Siswa Yayasan Pelajaran Johor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, dokumen penting, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Tarikh : 20 Mei – 20 Jun 2019
Syarat Insentif Harapan Siswa (IHS)
1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ
DOKUMEN WAJIB
a. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
b. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
c. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
d. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
e. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
f. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
g. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
h. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN
i. Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya
Jumlah Bantuan
Diploma – RM500
Ijazah Sarjana Muda – RM1000
Cara Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019 Online
- Untuk permohonan anda boleh layari ke laman web YPJ.
- Pemohon wajib lengkapkan borang permohonan beserta dengan dokumen-dokumen penting yang diperlukan.
Sebarang pertanyaan tentang Insentif Harapan Siswa, pemohon boleh menghubungi ;
No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Fak:07-2344434
Semoga anda berjaya mendapat tawaran bantuan pelajaran ini untuk pengajian anda.