Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2022 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2022 Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan bantuan pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Daikin Malaysia mempelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kumpulan Daikin Malaysia bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi pengajian tahun 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web www.daikinmalaysia.com sehingga 31 Oktober 2022.

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2022 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2022 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklukat tentang Biasiswa Kumpulan Daikin Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : sehingga 31 Oktober 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Daikin Malaysia 2022

A. Syarat Umum

  • Permohonan adalah untuk pelajar Warganegara Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Daikin Malaysia Sdn. Bhd
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang berpendapatan keluarga kurang daripada RM5,000.00 sebulan.
  • Aktif menyertai aktiviti kokurikulum dan mempamerkan kepimpinan yang cemerlang
  • Kemahiran komunikasi yang kuat
  • Mempunyai sikap yang positif
  • Tidak menerima sebarang bantuan kewangan lain daripada mana-mana organisasi

B. Syarat Akademik

i. Pelajar yang akan mendaftar ke program ijazah tahun pertama

  • SPM atau setaraf – minimum 6A + lulus semua mata pelajaran. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  • STPM/ Pra-Universiti/ Matrikulasi Tempatan/ Diploma/ Asasi – minimum CGPA 3.00 & ke atas.
  • MUET – minimum Band 4

ii. Pelajar yang sedang mengikuti program ijazah tahun 1

  • SPM atau setaraf – minimum 6A & lulus semua mata pelajaran. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • STPM atau setaraf – minimum 2A + lulus semua mata pelajaran
  • MUET – minimum Band 4
  • Min GPA atau PNGK 3.00

Jenis Kursus Yang Layak Biasiswa Daikin Malaysia

Ijazah Sarjana Muda:

  • Kejuruteraan (sebaik-baiknya dalam bidang Elektrik & Elektronik, Mekanikal, Mekatronik, Pembuatan)
  • IT
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan

Cara Mohon Biasiswa Daikin Malaysia 2022 Online

1. Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman web https://www.daikinmalaysia.com/career/scholarship-program/

2. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui softcopy atau hardcopy.

i. (Softcopy): Serahkan kepada daikin.scholarship@daikin.com.my bersama semua dokumen dilampirkan dalam format PDF.

Ii. (Hardcopy): Hantar dokumen lengkap ke alamat berikut:

Attention: Ms. Kay Lee Yen Hui / Ms. Nurul Afidza Binti Ismail / Ms. Farah Syuhada Binti Mohd Rosli (Human Resources Department) DAIKIN MALAYSIA SDN. BHD. Lot 60334, Persiaran Bukit Rahman Putra 3, Taman Perindustrian Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor D.E. Malaysia.

Nota :

a. Hanya sarjana yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Calon yang disenarai pendek akan dimaklukkan 2 minggu selepas tarikh akhir permohonan.

b. Pemilihan akhir akan berdasarkan keputusan temuduga.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emel ke daikin.scholarship@daikin.com.my atau hubungi di talian seperti berikut :

  • Ms. Kay Lee Yen Hui (603-6145 8632)
  • Ms. Nurul Afidza Binti Ismail (03-6145 8616)
  • Ms. Farah Syuhada Binti Mohd Rosli (03-6145 8378)

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Pelajaran 2022

Leave a Reply