Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2024 Bagi Tingkatan 1 & 4. Perhatian buat pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang bersekolah di negeri Pahang. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang untuk murid-murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi persekolahan 2023 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/ Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/ Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik/ Sekolah Menengah Agama/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di dalam Negeri Pahang. Borang permohonan boleh didapati melalui sekolah masing-masing bermula daripada 10 Mei hingga 12 Jun 2023.
Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) atau sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983 dimana ianya diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.
Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2024 Bagi Tingkatan 1 & 4
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:
Syarat Kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Pahang Sekolah Menengah adalah seperti berikut;
1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
3. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang.
4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
5. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta.
6. Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
Kadar Bayaran Biasiswa Pahang Sekolah Menengah
Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua (2) kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.
Cara Mohon Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2023
1. Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang boleh dibuat melalui sekolah masing-masing atau hadir ke Pejabat ADUN.
2. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan lengkap.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang Biasiswa Sekolah Menengah Pahang, sila hubungi di talian;
Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
No. Tel : 09 5181800