Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS (Semakan)

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS (Semakan). Nak mohon BKNS tahun 2022? Panduan buat pelajar lepasan SPM dan STPM yang mengikuti pengajian ke Universiti Awam. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sabah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tahun 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula pada 21 Jun sehingga 21 Julai 2022 menerusi laman web

www.biasiswa.sabah.gov.my.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS (Semakan)

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS (Semakan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah termasuklah memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 21 Jun – 21 Julai 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah adalah seperti berikut:

A. Had Umur

  • Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  • Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
  • Bagi kursus (A) 3 pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahun.

B. Kelayakan Akademik

(i) Kursus Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

(ii) Kursus Sarjana Muda

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

(iii) Kursus Sarjana

  • Lulus Sarjana Muda dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar tajaan BKNS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana.
  • Pelajar peringkat Sarjana hendaklah lepasan pengajian Sarjana Muda yang belum memperoleh pekerjaan dan mod pengajian adalah sepenuh masa.

(iv) Perubatan, Pergigian dan Farmasi

● Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/ Diploma/ Matrikulasi.

Nota : Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Bidang Pengajian Ditaja BKNS

a. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

  • Aktuari Sains
  • Juruukur
  • Pertanian
  • Jurukur Bahan
  • Perakaunan
  • Perikanan
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan
  • Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Pengurusan Hartanah
  • Teknologi Maklumat

b. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan

  • Akuakultur
  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Ekonomi
  • Pertanian
  • Farmasi
  • Perubatan
  • Juru Ukur
  • Perhutanan
  • Kejuruteraan
  • Perubatan Veterinar
  • Komunikasi
  • Psikologi
  • Matematik
  • Sains Alam Sekitar
  • Pendidikan
  • Pengajian Islam
  • Sains Komputer
  • Perakaunan
  • Undang-undang
  • Pengurusan Ladang
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Perlombongan & Geologi

c. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi

Bidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

Cara Mohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

  1. Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 21 Jun 2022.
  2. Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.

Nota :

  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
  2. Keputusan permohonan disemak melalui ‘online’.
  3. Kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.

Sebarang keterangan lanjut sila layari ke laman web biasiswa.sabah.gov.my.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT 2022 (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)

Leave a Reply