Permohonan Biasiswa Kerajaan Persekutuan Rusia 2023/2024 Online (Semak Keputusan). Berita baik buat pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Rusia. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan Kerajaan Persekutuan Rusia berminat menawarkan sejumlah biasiswa kepada rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian di Rusia. Sebanyak 20 biasiswa telah diperuntukkan kepada calon-calon berkelayakan bagi tahun akademik 2023/2024 dan biasiswa yang ditawarkan adalah bagi semua peringkat pengajian, termasuk sarjana muda dan pasca siswazah. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian dengan mendaftar di laman web https://education-in-russia.com.
Permohonan Biasiswa Kerajaan Persekutuan Rusia 2023/2024 Online (Semak Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kerajaan Persekutuan Rusia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang ditaja dan cara mohon:
Senarai Bidang Ditaja Biasiswa Kerajaan Persekutuan Rusia
Calon boleh memilih mana-mana kepakaran bukan sahaja perubatan dan kejuruteraan tetapi bidang-bidang yang dinyatakan di bawah iaitu;
- Mathematics and Natural Science
- Agriculture and Agricultural Science
- Sosial Science (Psychology, Laws, Economics, Tourism, etc)
- Education and Pedagogical Science
- Humanities (History, Linguistics, etc)
- Physics Culture and Sports
- Arts and Culture
- Computer Science
- Construction and Architecture
- Energy and Electrical Engineering
- Mechanical Engineering
- Transport System
Cara Mohon Biasiswa Kerajaan Persekutuan Rusia Online
1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://education-in-russia.com/. Tarikh akhir untuk menghantar permohonan adalah pada 20 Februari 2023.
2. Isi borang permohonan dengan betul, lampirkan gambar anda serta salinan imbasan pasport dan dokumen pendidikan anda.
NOTA: Permohonan calon, jika statusnya telah ditukar dan telah dihantar, disemak oleh pasukan Rumah Rusia di Kuala Lumpur untuk mengenal pasti kesilapan yang boleh menghalang calon daripada mendaftar di Rusia.