Permohonan Skim Biasiswa Sukan KPM 2025 (SBS) Borang

Permohonan Skim Biasiswa Sukan KPM 2025 (SBS) Borang. Anda murid Tingkatan hingga Tingkatan 5? Berita baik buat pelajar Sekolah Menengah yang aktif dalam sukan. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan untuk menawarkan hadiah Biasiswa Sukan (BS) tahun 2025 kepada atlet murid yang layak dengan mengambil kira pengambilan sukan bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2023. Semua permohonan perlu dibuat secara atas talian bermula daripada 19 April sehingga 18 Mei 2023 melalui portal https://apb1.moe.gov.my.

Permohonan Skim Biasiswa Sukan KPM 2024 (SBS) Borang

Permohonan Skim Biasiswa Sukan KPM 2025 (SBS) Borang

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Hadiah Skim Biasiswa Sukan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Syarat Kelayakan Hadiah Skim Biasiswa Sukan

Antara syarat-syarat kelayakan Hadiah Skim Biasiswa Sukan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut ;

a. Warganegara Malaysia.

b. Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian/ Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Teknik/ Sekolah Menengah Kebangsaan Agama/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Negeri.

c. Pelajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja.

d. TIDAK menerima sebarang biasiswa atau elaun daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

e. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili Negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM.

Senarai Sukan Dalam Skim Biasiswa Sukan (SBS)

  1. Badminton
  2. Boling Tenpin
  3. Skuasy
  4. Hoki
  5. Gimnastik
  6. Olahraga
  7. Bolasepak
  8. Peratus Layar
  9. Akuatik
  10. Bola Jaring
  11. Ping Pong
  12. Sepak Takraw
  13. Ragbi
  14. Gimrama
  15. Lumba Basikal
  16. Bola Keranjang
  17. Golf
  18. Catur
  19. Memanah
  20. Bola Tampar
  21. Tenis
  22. Kriket
  23. Bola Baling
  24. Sofbol
  25. Judo
  26. Taekwondo
  27. Karate
  28. Menembak
  29. Bola Padang
  30. Wushu
  31. Angkat Berat
  32. Lawan Pedang
  33. Silat

Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Online

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://apb1.moe.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi Encik Jamil Hamzah bin Sazali di talian 03- 88721659 atau emel jamilsazali@moe.gov.my.

Leave a Reply