Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan 2025 Online (Semakan Keputusan). Anda memerlukan penajaan biasiswa untuk pengajian? Panduan buat anda yang hendak membuat permohonan penajaan Biasiswa Kerajaan Taiwan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PHD. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon penajaan Biasiswa Kerajaan Taiwan tahun 2025 bermula pada 1 Februari hingga 30 April 2025. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi MOE Taiwan Scholarship.

Penajaan Biasiswa Kerajaan Taiwan terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Program Biasiswa MOE Taiwan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar warganegara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Taiwan.
Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan 2025 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penajaan Biasiswa Kerajaan Taiwan termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan:
Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Taiwan 2025
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
b. Mempunyai sekurang-kurangnya STPM, UEC, Diploma, A-Level, Matrikulasi atau mana-mana kelayakan akademik yang setaraf dengannya.
c. Mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Senarai Kadar Dan Tempoh Tajaan Biasiswa Kerajaan Taiwan
A. KADAR
i. Yuran pengajian: NTD 40,000 setiap semester.
ii. Elaun sara hidup bulanan sebanyak NTD 15,000 untuk ijazah sarjana muda dan NTD 20,000 untuk ijazah sarjana atau doktor falsafah.
B. TEMPOH PENGAJIAN
i. Program Sarjana Muda: Maksimum 4 tahun.
ii. Program Sarjana: Maksimum 2 tahun.
iii. Program Kedoktoran: Maksimum 4 tahun.
NOTA: Jumlah tempoh penerimaan biasiswa tidak boleh melebihi 5 tahun.
Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan Online
1. Bagi anda yang berkelayakan untuk memohon penajaan biasiswa Kerajaan Taiwan melalui pautan https://taiwanscholarship.moe.gov.tw/Apply
2. Pilih Konsulat Taiwan ‘Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia: Malaysia’ dan kewarganegaraan Malaysia.
3. Kemudian, pilih Taiwan Scholarship dan klik pada Add untuk melengkapkan semua data permohonan dan memuat naik dokumen yang diperlukan.
4. Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon dikehendaki mencetak dan mengepos dokumen sokongan (hardcopy) kepada Taipei Economic and Cultural Office.
alamat surat menyurat;
Education Division,
Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia
(Taiwan Scholarship )
Level 7, Menara Yayasan Tun Razak,
200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2162-3228 / 03-2161-4439 ext 184 / 185
5. Dokumen sokongan yang perlu disertakan iaitu;
- Borang pemohonan talian
- Satu salinan pasport pemohon.
- Salinan sijil akademik tertinggi dan transkrip akademik yang berkaitan.
- Salinan slip permohonan kemasukan kepada universiti/kolej di Taiwan untuk semester tahun 2024 (contohnya, salinan kiriman wang yuran permohonan, borang permohonan, dan notis atau e-mel daripada universiti/kolej yang mengakui penerimaan permohonan).
- Salinan sijil kemampuan bahasa: Bagi permohonan program pengajian yang tidak diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, satu salinan keputusan ujian “Test of Chinese as a Foreign Language Test (TOCFL) sekurang-kurangnya Band B adalah wajib. Untuk maklumat tentang TOCFL di Malaysia, sila hubungi Bahagian Pendidikan TECO di talian 03-21623228 atau emel education@gmail.com.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang penajaan ini sila hubungi di talian (+60)3-21614439/ 03-21614439 atau emel ke mys@mofa.gov.tw.
sumber: https://www.roc-taiwan.org/my_ma/post/5576.html
BACA JUGA: Senarai Biasiswa Luar Negara