Permohonan Biasiswa Program Profesional ACCA 2022 Online YT (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Program Profesional ACCA 2022 Online YT (Semakan Keputusan). Panduan buat pelajar khususnya anak jati Terengganu yang ingin membuat permohonan biasiswa tahun 2022. Untuk makluman, Yayasan Terengganu (YT) mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Program Profesional ACCA bagi sesi pengajian 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 23 November hingga 7 Disember 2022 di laman web rasmi www.yt.gov.my.

Permohonan Biasiswa Program Profesional ACCA 2022 Online (YT)

Skim Biasiswa Program Profesional ACCA adalah satu bantuan biasiswa daripada Yayasan Terengganu untuk menggalakkan anak-anak Terengganu yang memperoleh kelayakan Pensijilan Perakaunan Professional dari Association of Chartered Certified Accountant (ACCA). Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, penginapan, wang saku dan lain-lain termasuk Professional Bodies Fees tertakluk kepada pengesahan bilangan kertas pengecualian dari pihak ACCA. Calon yang berjaya akan dipilih akan ditempatkan di UiTM atau Kolej INTEC, Shah Alam.

Permohonan Biasiswa Program Profesional ACCA 2022 Online YT (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Program Profesional ACCA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 23 November – 7 Disember 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Program Profesional ACCA

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Program Profesional ACCA yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

A. SYARAT UMUM

i. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

B. SYARAT KHUSUS

Lepasan Ijazah

i. Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf
dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00
ii. Berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh masa) dan 32 tahun (Separuh masa)
iii. Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) kertas dari pihak ACCA

Lepasan Certified Accounting Tehnician

i. Mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT.
ii. Berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
iii. Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

Lepasan Diploma Perakaunan

Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

TEMPOH PENGAJIAN

  • Tempoh pengajian/biasiswa adalah 1 – 2 tahun bagi Lepasan Ijazah dan 3 – 3.5 tahun bagi lepasan CAT/Diploma.
  • Calon-calon yang berjaya dipilih akan ditempatkan di Kolej INTEC Shah Alam.

Cara Permohonan Biasiswa Program Profesional ACCA Online

Permohonan perlu dikemukakan secara online menerusi laman web https://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.

Nota : Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT 2022

Leave a Reply