Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2022 Online (Türkiye Scholarships)

Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2022 Online (Türkiye Scholarships). Nak melanjutkan pengajian ke Turki? Berita baik buat pelajar lulusan Ijazah Pertama, Ijazah Lanjutan (Master) dan PHD. Untuk makluman, kerajaan Turki mempelawa kepada calon yang berminat untuk membuat permohonan Biasiswa Turki tahun 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web www.turkiyeburslari.gov.tr bermula pada 10 Januari sehingga 22 Februari 2022.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2022 Online (Türkiye Scholarships)

Türkiye Burslari Scholarship adalah merupakan program biasiswa pendidikan tinggi dibawah pembiayaan kerajaan Turki yang direka khas untuk pelajar antarabangsa. Objektif pemberian biasiswa ini adalah untuk membina rangkaian pemimpin masa depan komited untuk mengukuhkan kerjasama di kalangan negara-negara dan persefahaman di kalangan masyarakat.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2022 Online (Türkiye Scholarships)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kerajaan Turki termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan keputusan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Turki

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Biasiswa Kerajaan Turki adalah seperti berikut:

1. Calon-calon yang telah lulus atau mungkin menamatkan pengajian daripada institusi pendidikan yang setara dengannya atau dengan akademik Turki terkini.

2. Terdapat juga had umur untuk calon-calon yang dikehendaki untuk memohon:

  • Bagi pemohon yang memohon untuk Ijazah Sarjana Muda: Mereka yang dilahirkan tidak lebih awal daripada 01/01/1995,
  • Bagi pemohon yang memohon untuk Ijazah Sarjana: Mereka yang dilahirkan tidak lebih awal daripada 01/01/1986,
  • Bagi pemohon yang memohon untuk Ph.D Ijazah: Mereka yang dilahirkan tidak lebih awal daripada 01/01/1981,
  • Bagi pemohon yang memohon untuk Program Penyelidikan: Mereka yang dilahirkan tidak lebih awal daripada 01/01/1971

3. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di Türkiye tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap yang mereka telah belajar.

4. Warganegara Turki dan mereka yang kehilangan kewarganegaraan Turki tidak boleh memohon untuk program biasiswa ini.

Cara Mohon Biasiswa Kerajaan Turki Online

1. Permohonan ini boleh dibuat menerusi laman web https://www.turkiyeburslari.gov.tr/announcements/turkiye-scholarships-2022-applications-19.

2. Klik bahagian ‘Apply Now’ dan klik ‘Register’.

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat turun DOKUMEN yang dikehendaki.

Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web https://www.turkiyeburslari.gov.tr/.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Luar Negara 2022

Leave a Reply