Permohonan Bantuan Kewangan BKPKK Bagi Kluster B40 & M40 (Kolej Komuniti)

Permohonan Bantuan Kewangan BKPKK Bagi Kluster B40 & M40 (Kolej Komuniti). Anda pelajar Kolej Komuniti? Panduan buat pelajar Kolej Komuniti yang ingin membuat permohonan bantuan kewangan. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan bantuan kewangan BKPKK diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil dan diploma jangka panjang. Permohonan ini boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Permohonan Bantuan Kewangan BKPKK Bagi Kluster B40 & M40 (Kolej Komuniti)

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau ringkasnya BKPKK adalah satu bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah. Tujuan bantuan kewangan bagi Kluster B40 & M40 diberikan untuk membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa professional.

Permohonan Bantuan Kewangan BKPKK Bagi Kluster B40 & M40 (Kolej Komuniti)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar bantuan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan BKPKK

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Kewangan BKPKK yang perlu diikuti adalah seperti berikut ;

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil sepenuh masa; iaitu tempoh pengajian selama 16 hingga 24 bulan;
  • Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani dua Salinan perjanjian;
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program;
  • Hanya pelajar semester 1 dan 2 sahaja yang layak memohon bantuan; dan
  • Bagi permohonan kali pertama pelajar Semester 2, syarat pendapatan keluarga dan pencapaian CGPA semester 1 adalah diambil kira.

KADAR BANTUAN

Dengan kadar bantuan RM300/sebulan @ RM1,800/semester

Permohonan Bantuan Kewangan BKPKK Bagi Kluster B40 & M40 (Kolej

Cara Permohonan Bantuan Kewangan BKPKK

Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti 2020

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
163000 Cyberjaya, Selangor.
No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Reply