Permohonan Biasiswa Kerajaan Hungary 2023/2024 (Stipendium Hungaricum Scholarship). Panduan buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin mendapat tawaran biasiswa pendidikan. Untuk makluman menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (MoHE), dimaklumkan bahawa Kerajaan Hungary menawarkan peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program biasiswa di bawah tajaan Stipendium Hungaricum Scholarship Programme bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD bagi kemasukan akademik 2023/2024 di Hungary. Permohonan ini boleh dibuat secara online sehingga 16 Januari 2023.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Hungary 2023/2024 (Stipendium Hungaricum Scholarship)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa Kerajaan Hungary bagi tajaan Stipendium Hungaricum termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Tarikh Permohonan: sehingga 16 Januari 2023
Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Hungary
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat kelayakan seperti di bawah ;
Setiap kriteria kelayakan mengikut kursus pengajian yang dipohon adalah berbeza. Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman rasmi http://studyinhungary.hu/study-in-hungary/menu/stipendium-hungaricum-scholarship-programme.
Senarai Program Penajaan Biasiswa Stipendium Hungaricum
1. Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree)
Pertanian, kejuruteraan pengurusan air pertanian, kajian seni bina dan warisan budaya, sains semulajadi dan sains alam sekitar, sains kesihatan.
2. Ijazah Sarjana (Master)
Pertanian, kejuruteraan pengurusan air pertanian, kajian seni bina dan warisan budaya, sains semulajadi dan sains alam sekitar, sains kesihatan.
3. Ijazah Kedoktoran (PHD)
Bagi semua bidang pengajian.
Kemudahan Biasiswa
1. Elaun Sara Hidup
2. Yuran Pengajian
3. Insurans Kesihatan
4. Asrama Penginapan

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Hungary 2023/2024 Online
Bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Hungary secara dalam talian di portal https://stipendiumhungaricum.hu/apply dan hantar salinan permohonan kepada international@mohe.gov.my.
Sebarang keterangan lanjut, sila email ke stipendiumhungaricum@tpf.hu.