Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 KPM Online (Semakan Tawaran)

Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 KPM Online (Semakan Tawaran). Berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Profesional MARA? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Profesional MARA ambilan Julai 2025. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) dibuka tiga (3) kali pengambilan bagi sesi Mac, Julai dan November dalam setahun. Permohonan Kolej Profesional MARA ambilan Julai 2025 boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal https://hi-edu.my bermula pada 25 April hingga 25 Mei 2025.

Permohonan Kolej Profesional MARA 2025 KPM Online (Semakan Tawaran)

Kolej Profesional MARA atau ringkasnya KPM adalah sebuah kolej bantuan penuh kerajaan yang menawarkan program Sijil dan Diploma. Program pengajian yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA adalah sepenuh masa dan mendapat akreditasi oleh MQA. Kemasukan ke Kolej Profesional MARA dibuka tiga kali dalam setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.

Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 Online Lepasan SPMĀ 

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Kolej Profesional MARA termasuk memaparkan syarat kemasukan, senarai kampus dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan Kolej Profesional MARA 2025

Sesi Mac 2025

  • Tarikh Permohonan :
  • Hari Pendaftaran :

Sesi Julai 2025

  • Tarikh Permohonan : 25 April – 25 Mei 2025
  • Hari Pendaftaran : –

Sesi November 2025

  • Tarikh Permohonan : –
  • Hari Pendaftaran : –

Syarat Kemasukan Kolej Profesional MARA 2025

Bagi pemohon yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Profesional MARA perlu membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu. Berikut adalah syarat am kemasukan ke Kolej Profesional MARA :

i. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;

ii. Berumur 18 sehingga 35 tahun;

iii. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Nota : Untuk makluman lanjut tentang syarat-syarat umum dan khusus, sila layari ke SYARAT KPM.

Senarai Kolej Profesional MARA 2025

Terdapat beberapa kampus yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA seluruh Malaysia. Sekarang terdapat enam (6) buah kampus Kolej Profesional MARA sahaja.

1. KPM Bandar Penawar

2. KPM Beranang

3. KPM Bandar Melaka

4. KPM Indera Mahkota

5. KPM Seri Iskandar

6. KPM Ayer Molek

Senarai Program Yang Ditawarkan di Kolej Profesional MARA

  • Diploma in Accounting (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
  • Diploma in Entrepreneurship (DEN)
  • Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  • Diploma in Computer Networking (DCN)
  • Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  • Diploma in International Business (DIB)
  • Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  • Diploma in Marketing (DMK)
  • Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

Cara Mohon Kolej Profesional MARA Online

Bagi pemohon yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Profesional MARA ambilan Julai 2025 boleh memohon secara online menerusi laman web https://hi-edu.my/

Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA tidak memerlukan pembelian nombor pin dan pendaftaran adalah percuma.

Nota : Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Diploma KPM Sesi 2 2025/2026 Ambilan Mac sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA 2025

Semakan tawaran kemasukan ke Kolej Profesional MARA ambilan Julai 2025 boleh disemak pada bulan Julai. Permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej selepas keputusan ditawarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Nota : Calon boleh membuat bayaran yuran pendaftaran dengan menggunakan MARAeps menerusi laman sesawang MARAeps https://bayar.maraeps.my atau aplikasi MARAeps yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau App Store. Pendaftaran akaun MARAeps adalah menggunakan butiran maklumat calon jaya.

Permohonan Rayuan Kolej Profesional MARA 2025

Untuk permohonan rayuan Kolej Profesional MARA ambilan 2025 boleh dibuat secara online melalui sistem UPIM di http://apponline.mara.gov.my/upimonline.

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan ke Kolej Profesional MARA boleh diajukan kepada :

Bahagian Pendidikan Tinggi
Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur.
Telefon : 03 2613 4075

Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
Laman Web : http://apponline.mara.gov.my/spupim/
Hotline : 03 261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081
Whatsapp : 011 5852 1184
Emel : upim.bpt@mara.gov.my

Leave a Reply