Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online (Semak Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online (Semak Keputusan). Nak mohon biasiswa pelajaran? Panduan buat pelajar IPT yang sedang belajar di IPTA seluruh Malaysia. Untuk makluman, Bursa Malaysia mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon biasiswa Yayasan Bursa Malaysia tahun 2024 bagi yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 21 Ogos 2024 dengan memuat turun borang permohonan melalui laman web bursamalaysia.com.

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online (Semak Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online (Semak Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Tarikh Permohonan: 21 Ogos – 19 September 2024

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysua berumur 22 tahun ke bawah pada tarikh permohonan.

b. Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 sebulan.

c. Layak melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam terpilih.

d. Kelayakan pengajian iaitu STPM minimum 2A dan 2B/ A-Level minimum 2A dan 2B/ Matrikulasi dengan CGPA 3.50 ke atas/ Kredit Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau O-Level.

e. MUET sekurang-kurangnya band 4.

f. Aktif di dalam ko-kurikulum atau sukan serta berdaya kepimpinan.

Senarai Kursus Diraja Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia

Antara kursus yang layak ditaja dalam Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia iaitu;

  • Akaun/Kewangan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Undang-undang
  • Lestari (Sustainability)

Cara Mohon Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024

1. Permohonan ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan melalui pautan https://www.bursamalaysia.com/sites/5d809dcf39fba22790cad230/assets/66bc8bcfe6414a98f6afab88/Scholarship_2024_Application_Form.docx

2. Isikan maklumat dengan lengkap.

3. Hantar borang permohonan ke alamat emel scholarships@bursamalaysia.com atau ke alamat berikut:

Bursa Malaysia Berhad, Yayasan Bursa Malaysia
11th Floor, Exchange Square,
Bukit Kewangan,
50200 Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Nurul Azmir di talian 03 2034 7409.

Leave a Reply