Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan 2020 Online (Semak Status). Berita baik buat pemohon anak atau ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan tahun 2020. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon BSH Mahasiswa Negeri Sembilan 2020 dengan dapatkan borang permohonan mengikut kawasan DUN tempat tinggal masing-masing.

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan adalah merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sembilan yang bertujuan untuk meringankan beban dan kewangan para mahasiswa di Negeri Sembilan. Mahasiswa yang layak akan menerima bantuan ini sebanyak RM100 sebulan.
Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan 2020 Online (Semak Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH Mahasiswa Negeri Sembilan termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semak status :
Syarat Kelayakan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan 2020
Antara syarat-syarat kelayakan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan adalah seperti berikut:
- Pendapatan ibu bapa atau isi rumah kurang dari RM3930.00 (B40).
- Pengajian sepenuh masa dari semester 2 dan ke atas.
- Peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana di IPTA dan POLITEKNIK.
- Pemohon anak kelahiran Negeri Sembilan (05/59/31)
- Ibu ATAU bapa lahir di Negeri Sembilan.
- Jika tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap lebih dari 8 tahun di Negeri Sembilan sila buat pengesahan sijil sekolah rendah dan menengah melalui pejabat Dun
- Pemohon yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana agensi tidak akan dipertimbangkan.
- Ibu atau bapa mestilah penerima BSH.
- Borang permohonan yang tidak lengkap (tidak menjawab semua ruangan) tidak akan diproses.
- Mendapat pengesahan daripada Pejabat DUN dan pihak Universiti.
Cara Mohon BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2020
1. Permohonan boleh dibuat dengan dapatkan borang permohonan di kawasan DUN anda. Sila klik DISINI untuk mendapatkan link kawasan DUN anda.
2. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan hantar ke DUN berdekatan dengan anda.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila menghubungi di talian :
YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
No. Tel: 06-762 8046
E-mel: admin@yns.gov.my