Permohonan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) JPA 2021 Online

Permohonan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) JPA 2021 Online. Panduan buat Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat di KKM untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) tahun 2021 bagi mengikuti pengajian dalam mod dan peringkat pengajian secara SEPARUH MASA yang melibatkan peringkat pengajian Ijazah Pertama dan SEPENUH MASA yang melibatkan peringkat pengajian Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma atau Ijazah Pertama. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal JPA www.esilav2.jpa.gov.my.

Permohonan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) JPA 2021 Online

Permohonan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) JPA 2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Penajaan Kumpulan Pelaksana termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana

Semua permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran JPA(I)S. 176/7/80/7 Klt. 2(7) bertarikh 12 April 2021 dan boleh dimuat turun di laman portal JPA http://esilav2.jpa.gov.my

Cara Permohonan PPKP JPA 2021

1. Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://esilav2.jpa.gov.my/onlineprogs/epermohonan/.

2. Buat pertama kali pendaftaran sila klik pada butang ‘Daftar’.

3. Isi maklumat dengan lengkap dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’

4. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PPKP, sila berhubung dengan pihak JPA melalui talian 03-8885 3053 atau 03-8885 3367/3468/3518 atau email ke penawaranldp@jpa.gov.my atau sp.bmi@jpa.gov.my.

Leave a Reply