Permohonan Dan Jawatan Kosong MySTEP 2024 Online (Semakan Status). Nak mohon jawatan MySTEP tahun 2024? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin memohon kerja dalam sektor awam. Untuk makluman menerusi pembentangan Mini Bajet, Perdana Menteri Malaysia telah memutuskan supaya inisiatif Program Pekerjaan Jangka Pendek atau MySTEP diteruskan bagi tahun 2023. Kerajaan telah memperuntukkan dana besar bagi program MySTEP untuk menawarkan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Bagi anda yang berkelayakan boleh mohon jawatan kosong MySTEP secara online menerusi kementerian atau GLC yang mengambil bahagian.
Permohonan Dan Jawatan Kosong MySTEP 2024 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MySTEP termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar upah dan cara permohonan :
Apa Itu MySTEP?
Malaysia Short-Term Employment Programme atau ringkasnya MyStep merupakan satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk memberi peluang buat rakyat Malaysia dapatkan pekerjaan dalam jangka waktu yang singkat. Kategori pekerjaan yang disediakan melalui MYSTEP iaitu di sektor awam secara kontrak dan GLC.
Syarat Kelayakan Permohonan MySTEP
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Malaysia Short-Term Employment Programme adalah seperti berikut :
a. Terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.
b. Berumur 18 tahun ke atas.
c. Bagi lepasan Sekolah/ Sijil Pelajaran Malaysia/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
d. Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing.
TEMPOH PERKHIDMATAN
Tempoh kontrak perkhidmatan MySTEP adalah iaitu:
a. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan.
b. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023 (untuk Sektor Awam sahaja).
Senarai Kementerian Dan GLC Yang Terlibat MySTEP
SENARAI KEMENTERIAN
- Jabatan Perdana Menteri
- Parlimen Malaysia
- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
- Suruhanjaya Pilihan Raya
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Jabatan Peguam Negara
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
- Istana Negara
- Jabatan Audit Negara
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- Kementerian Kewangan Malaysia
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Dalam Negeri
- Jabatan Perangkaan Malaysia
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Kementerian Luar Negeri
SENARAI GLC
- Khazanah Nasional Berhad
- Khazanah Linked Companies
- Permodalan Nasional Berhad
- Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP)
- PETRONAS
- PETRONAS Vendors & Strategic Partners
- Ministry of Finance Incorporated
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
- Kumpulan Wang Persaraan
- KWAP Strategic Companies
Kadar Upah MySTEP
Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Kadar Sektor Awam (RM) | GLC / Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum* (RM) |
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas | 2,000 | 2,000 |
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,800 | 1,800 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,600 | 1,600 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,400 | – |
*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.
Cara Daftar dan Permohonan MyStep 2024
Bagi anda yang ingin membuat permohonan boleh secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian dalam program MySTEP.
BACA JUGA: Semakan Status MySTEP