Permohonan Dermasiswa Harapan Yayasan Perak 2022 Online (Borang). Berita baik buat anak kelahiran Negeri Perak yang berminat membuat permohonan Dermasiswa Harapan tahun 2022. Untuk makluman, Yayasan Perak mempelawa kepada yang berkelayakan memohon Dermasiswa Harapan 2020 yang boleh dibuat secara online menerusi laman portal Yayasan Perak. Pemohon juga boleh dapatkan borang permohonan secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
Bantuan Dermasiswa Harapan adalah satu bantuan pendidikan yang dikelolakan oleh Yayasan Perak bertujuan meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara.
Permohonan Dermasiswa Harapan Yayasan Perak 2022 Online (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dermasiswa Harapan Perak termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan beserta dokumen sokongan :
Syarat Kelayakan Dermasiswa Harapan Perak 2022
Antara syarat-syarat kelayakan Dermasiswa Harapan Yayasan Perak adalah seperti berikut:
1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
Cara Permohonan Dermasiswa Harapan Perak 2020 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara online dengan dapatkan borang di laman web rasmi Yayasan Perak.
2. Borang Permohonan Dermasiswa Harapan Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
3. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap, hendaklah besertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut ;
- Salinan surat tawaran terkini.
- Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan).
- Salinan penyata akaun bank pelajar.
- Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
- Salinan surat kematian atau surat bercerai (Jika Berkaitan).
Nota : Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras Dun
Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi Yayasan Perak http://yayasanperak.gov.my.