Permohonan DPLI UPSI 2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Online (Semakan Keputusan). Bilakah tarikh permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI tahun 2025 dibuka? Panduan buat lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke program DPLI UPSI ambilan Mac 2025. Untuk makluman, permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI ambilan Mac 2025 telah dibuka sehingga 31 Disember 2024. Permohonan ini boleh dibuat dengan mengisi form atau dapatkan borang permohonan dari pihak Sekretariat.

Permohonan DPLI UPSI 2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kelebihan program dan cara mohon:
- K๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง: ๐๐๐๐, ๐๐๐ง๐ฃ๐จ๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐ข๐ฆ, ๐๐๐ซ๐๐ค
- ๐๐๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง: 1 tahun 6 bulan (๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ)
- ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง: ๐๐๐๐,๐๐๐ (๐ ๐ค๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฒ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ง๐ฌ๐ฎ๐ซ๐๐ง/ ๐๐ฅ๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐ ๐ฉ๐๐ฆ๐๐ข๐๐ฒ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฌ๐๐๐ข๐๐ค๐๐ง
- ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ndaftaran: ๐๐700
Apakah Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI?
Program DPLI ini merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta. Setiap yang menjadi guru dan ingin menjadi guru tetap perlu kepada DPLI yang diiktiraf oleh pihak kementerian. DPLI UPSI sejak sekian lama telah mendapat pengiktirafan daripada MQA dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat Kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI
Antara syarat-syarat kemasukan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI adalah seperti berikut:
- Mestilah warganegara Malaysia
- Mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf kerajaan
- Memperoleh CGPA 2.50 dan ke atas
- Lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Artikel Berkaitan: Permohonan Rumah Sewa Siswa IPT
Kelebihan Program DPLI UPSI
a. Terbuka kepada guru-guru sekolah kerajaan, sekolah swasta, guru sementara dan SEMUA pemegang Ijazah Sarjana Muda yang berwarganegara Malaysia.
b. Sijil Diploma dianugerahkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI.
c. Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
d. Kuliah secara bersemuka ketika cuti sekolah.
Cara Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI Online
Permohonan ini boleh dibuat dengan mengisi form menerusi pautan https://forms.gle/4Pu2AcAxsDJ5aptB9?
Untuk sebarang pertanyaan tentang DPLI UPSI, boleh hubungi sekretariat program di talian 012 2525394 (pejabat) atau emel ke info.uhsb@upsi.edu.my.
BACA JUGA: Permohonan IPG PISMP