Permohonan ILP 2024 Online Institut Latihan Perindustrian

Permohonan ILP 2024 Online Institut Latihan Perindustrian. Berminat melanjutkan pengajian ke ILP? Panduan buat lepasan SPM dan SKM yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke ILP sesi Januari 2024 boleh dibuat secara online mulai 25 Oktober hingga 24 November 2023 di portal JTM. Institut Latihan Perindustrian adalah salah satu institusi daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain kemasukan JMTI dan ADTEC.

Permohonan ILP 2024 Online Institut Latihan Perindustrian

Institut Latihan Perindustrian menawarkan 2 peringkat pengajian kepada pelajar lepasan SPM/SPMV & setaraf untuk program peringkat Sijil dan Sijil  Lanjutan serta Diploma. Institusi ILP terdiri daripada 24 buah di seluruh Malaysia. Permohonan kemasukan ke ILP boleh dibuat permohonan bagi pengambilan sesi Januari/ Februari dan Julai setiap tahun.

Permohonan ILP 2024 Online Institut Latihan Perindustrian

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ILP termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Kemasukan ILJTM Sesi Februari 2024

  • Sistem Permohonan Online dibuka: 25 Oktober 2023
  • Sistem Permohonan Online ditutup: 24 November 2023
  • Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #): 30 November – 4 Disember 2023
  • Sesi Temuduga (kursus bertanda #): 5 – 6 Disember 2023
  • Hebahan Keputusan Permohonan: 20 Disember 2023
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Januari 2024: 29 Januari 2024

Syarat Kemasukan ILP 2024

Antara syarat-syarat kemasukan am dan akademik di Institut Latihan Perindustrian iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)
  3. Boleh membaca, menulis & mengira
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Cara Permohonan Kemasukan ILP 2024 Online

  1. Permohonan kemasukan ke ILP boleh dibuat secara online menerusi laman web https://apps.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/ bagi ambilan Januari 2024.
  2. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan.

NOTA: Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi di :

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

BACA JUGA : 

Leave a Reply