Permohonan ILJTM 2023 Online (ILP ADTEC JMTI)

Permohonan ILJTM 2023 Online (ILP ADTEC JMTI). Berminat melanjutkan pengajian ke ILJTM? Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke ILP, ADTEC dan JMTI ambilan 2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke ILJTM sesi Februari 2023 boleh dibuat secara online bermula pada 30 Oktober hingga 28 November 2022 menerusi portal JTM. Manakala, pengambilan JULAI 2023 boleh dibuat melalui permohonan UPUOnline.

Permohonan ILJTM 2023 Online (ILP ADTEC JMTI)

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, permohonan kemasukan ke ILJTM akan dibuka dua kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Untuk sesi Julai, permohonan ILJTM boleh dibuat menerusi permohonan UPUOnline. Manakala, pengambilan sesi Januari boleh dibuat terus di laman web JTM. nstitusi ILJTM dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang terdapat di seluruh Malaysia.

Permohonan ILJTM 2023 Online (ILP ADTEC JMTI)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke ILJTM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 30 Oktober – 28 November 2022

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia atau ringkasnya ILJTM ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan kepada lepasan sekolah bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Syarat Kemasukan ILJTM 2023

Antara syarat-syarat kemasukan ILJTM adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur 17 hingga 35 tahun;
c. Memenuhi syarat khas kursus;
d. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja);
e. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tarikh Penting Kemasukan ILJTM 2023

Berikut adalah tarikh-tarikh penting kemasukan ILJTM ambilan Februari 2023 :

i. Sistem Permohonan Online Dibuka: 30 Oktober 2022
ii. Sistem Permohonan Online Ditutup: 28 November 2022
iii. Semakan Panggilan Temuduga: 30 November 2022
iv. Urusan Temuduga: 6 – 7 Disember 2022
v. Hebahan Keputusan Permohonan : 19 Disember 2022
vi. Cetak Surat Tawaran : 6 Januari 2023
vii. Pendaftaran Pelajar Baharu : 7 Februari 2023

Cara Permohonan Kemasukan ILJTM Online

Untuk permohonan kemasukan sesi Julai boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://upu.moe.gov.my/web/. Manakala kemasukan Januari boleh dibuat di laman web https://www.jtm.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

No. Tel: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

BACA JUGA : Semakan Keputusan ILJTM 2023

Leave a Reply