Cara Login SPLKPM 2024 Sistem Pengurusan Latihan (Modul Individu). Apa itu SPLKPM? Panduan buat guru atau pengguna yang ingin log masuk di SPLKPM. Untuk makluman, Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan (SPLKPM) atau dahulu dikenali sebagai SPLG KPM adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan. SPLKPM juga dirujuk untuk tengok pelaporan bilangan hari LADAP dan tengok pelaporan bilangan markah CPD. Bagi pengguna boleh log masuk sistem SPLKPM secara dalam talian (online) menerusi laman web SPLKPM.
Cara Login SPLKPM 2024 Sistem Pengurusan Latihan (Modul Individu)
Berikut dikongsikan adalah maklumat Sistem Pengurusan Latihan KPM termasuk memaparkan cara log masuk dan senarai kursus yang ditawarkan dalam sistem SPLKPM :
Apa Itu SPLKPM?
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan atau dikenali sebagai SPLKPM adalah merupakan sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan. Terdapat dua modul dalam SPLKPM iaitu Modul Individu dan Modul Penyelaras seperti berikut :
A. MODUL INDIVIDU
Modul Individu dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
B. MODUL PENYELARAS
Modul Penyelaras pula dibangunkan untuk membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.
Login SPLKPM Modul Individu
1. Layari laman web rasmi SPLKPM https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan beserta kata laluan yang didaftarkan.
3. Klik pada butang ‘Hantar’.
4. Pada paparan menu, klik ‘Pembelajaran Kendiri’ untuk menambah kursus yang telah disertai.
ARTIKEL BERKAITAN : Login EMIS Online KPM Sistem Pengurusan Sekolah
Senarai Kursus Online SPLKPM
Antara senarai kursus online yang ditawarkan di Sistem SPLKPM iaitu :
A. SPLKPM AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja
Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Setiap warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai.
Setelah menamatkan kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (untuk PPP) melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM.
B. SPLKPM Rumahku AKPK
Bagi pengguna yang mempelajari tentang pembelian rumah boleh ambil kursus online Rumahku AKPK.
C. SPLKPM KURSUS STEM
Kursus STEM adalah pendekatan mudah untuk guru, dalam mengikuti kursus STEM melalui aplikasi dalam telefon pintar.
- Daftar kali pertama : https://app.schoology.com/register.php?type=student
- Daftar masuk : https://www.schoology.com/
D. SPLKPM WEBINAR
Anda juga boleh menonton sesi kursus secara langsung yang dipanggil Webinar untuk perkongsian ilmu. Sila ke laman web https://splkpm.moe.gov.my.
E. SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)
Pengguna juga boleh membuat ulasan buku, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca. Sila log masuk sistem SPLKPM untuk mengisi maklumat untuk buat book review termasuk:
- Tajuk buku
- Penulis buku
- Bahasa buku
- Bilangan mukasurat
- Sinopsis buku
- Tarikh pembacaan
- Pembentangan
Cara Kemaskini SPLKPM
Pegawai yang berkhidmat di bahagian berikut perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data dan perlu log masuk di SPLKPM :
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Kolej Matrikulasi
- Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
BACA JUGA: APDM Kehadiran Murid