Permohonan INSPEN 2020 Online Sijil Harta Tanah

Permohonan INSPEN 2020 Online Sijil Harta Tanah. Berminat melanjutkan pengajian ke Institut Penilaian Negara (INSPEN)? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin membuat permohonan kemasukan ke INSPEN. Untuk makluman, permohonan INSPEN boleh dibuat secara online di laman web rasmi INSPEN. Tahun lepas, pengambilan dibuka pada bulan September 2019.

Permohonan INSPEN 2020 Online Sijil Harta Tanah

Institut Penilaian Negara atau ringkasnya INSPEN adalah sebuah Institut Latihan Awam yang menawarkan program akademik dan latihan termasuk juga penyelidikan dan perundingan. Terdapat tiga bidang ditawarkan di INSPEN iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah, Sijil Pengurusan Harta Tanah dan Sijil Agensi Harta Tanah.

Permohonan INSPEN 2020 Online Sijil Harta Tanah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke INSPEN termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Kenapa pilih INSPEN?

  • Syarat kelayakan yang minima (SPM 3 kredit sahaja)
  • Yuran serendah RM365 semester
  • Kemudahan tempat tinggal disediakan
  • Bantuan makan RM20 sehari
  • Graduan boleh bekerja di sektor kerajaan dan swasta

Kursus Yang Ditawarkan INSPEN

Antara beberapa kursus-kursus yang ditawarkan di INSPEN adalah iaitu :

Sijil Penilaian Harta Tanah & Sijil Pengurusan Harta Tanah

a. Tempoh pengajian : 24 bulan atau 5 semester termasuk Latihan Industri

b. Yuran pengajian : RM365 untuk satu semester

c. Syarat Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 17 tahun hingga 21 tahun
  • Lulus SPM dan setaraf dengan minimum iaitu Kepujian Bahasa Melayu, Matematik/ Matematik Tambahan dan satu subjek lain atau lulus dalam Bahasa Inggeris dan SATU subjek lain.

Sijil Agensi Harta Tanah (Sepenuh Masa)

a. Tempoh pengajian : 19 bulan termasuk Latihan Industri

b. Yuran pengajian : RM365 untuk satu semester

c. Syarat Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 17 tahun hingga 21 tahun
  • Lulus SPM dan setaraf dengan minimum iaitu Kepujian Bahasa Melayu, Matematik/ Sains/ Prinsip Akaun/ Perdagangan dan SATU subjek lain atau lulus dalam DUA subjek lain.

Cara Permohonan Sijil Harta Tanah INSPEN

  1. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://icms.inspen.gov.my/
  2. Pilih sama ada untuk mendaftar sebagai separuh masa atau sepenuh masa.
  3. Lengkap segala maklumat yang diwajibkan dan serta kan lampiran yang diminta.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Akademik
Institut Penilaian Negara
Persiaran INSPEN
43700 Kajang
Selangor
No. Tel : 03- 89118800
Emel : akademik@inspen.gov.my

One Response

  1. Nik Muhammad Aiman April 27, 2020

Leave a Reply