Permohonan Institut Pendidikan Guru 2025 IPG PISMP Online. Berminat menjadi seorang warga guru? Panduan buat lepasan SPM tahun 2022, 2023 dan 2024 yang berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk makluman, KPM mempelawa calon berkelayakan untuk membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) ambilan 2025. Permohonan ini dibuka bermula pada 24 Februari hingga 16 Mac 2025 di laman web KPM.

Sebelum menjadi seorang warga pendidik, anda perlu mengikuti pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Institut Pendidikan Guru atau dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan telah dinaiktaraf kepada IPG yang mendapat mandat untuk menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Permohonan Institut Pendidikan Guru 2025 IPG PISMP Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan IPG PISMP termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan: 24 Februari – 16 Mac 2025
Syarat Kelayakan IPG Institut Pendidikan Guru 2025
Antara syarat-syarat kemasukan IPG dalam program PISPM adalah seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025
iii. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
iv. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
v. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan Sejarah Lulus Bahasa Inggeris
Tarikh Penting Kemasukan IPG PISMP 2025
- Permohonan Online: 24 Februari – 16 Mac 2025 (ambilan 1)
- Semak layak e-UKCG: 18 Mac 2025
- Pelaksanaan e-UKCG: 24 – 28 Mac 2025 & 7 – 11 April 2025
- Kemaskini maklumat permohonan PISMP: 5 – 7 Mei 2025
- Semakan layak temuduga & UKF: 14 Mei 2025
- Pelaksanaan temuduga & UKF: 19 – 23 Mei 2025, 26 – 30 Mei 2025 & 3 – 4 Jun 2025
- Keputusan IPG: 19 Jun 2025
- Pendaftaran PISMP: 11 Ogos 2025
ARTIKEL BERKAITAN : Syarat Kemasukan IPG PISMP
Cara Permohonan Kemasukan IPG 2025 Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://pismp.moe.gov.my/. Pemohon hanya boleh membuat dua pilihan bidang sahaja.
Semakan Keputusan Permohonan PISMP 2025
Pemohon boleh menyemak keputusan PISMP ambilan 2025 bermula pada 19 Jun 2025 bagi lepasan SPM. Manakala, bagi calon PISMP lepasan STPM, STAM dan Matrikulasi boleh semak keputusan bermula pada 28 Julai 2025.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6760/ 6733.
BACA JUGA: Senarai Institusi Pendidikan Guru


