Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA 2021 Bagi Lepasan SPM

Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA 2021 Bagi Lepasan SPM. Panduan buat lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran. Untuk makluman, bagi yang berkelayakan boleh memohon program Diploma TVET MARA bagi pengajian tahun 2021. Pengambilan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII dibuka pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://www.tvetmara.edu.my/.

Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA 2021 Bagi Lepasan SPM

Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA 2021 Bagi Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke program Diploma TVET MARA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Program Diploma TVET MARA 2021

Antara syarat-syarat kemasukan ke MJII, IKM dan KKTM dalam program Diploma TVET MARA adalah seperti berikut :

Syarat Am

Calon mestilah berusia 17 tahun hingga 45 tahun.

Syarat Akademik

A. Peringkat Sijil

IKM – http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm

B. Peringkat Diploma

Jenis Program Yang Ditawarkan & Tempoh Latihan

Peringkat Sijil

  • 24 Bulan (termasuk Latihan Industri)
  • 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)- Elektrik (Kuasa) sahaja
  • Sijil Teknologi Kejuruteraan
  • Sijil Teknologi

Peringkat Diploma

  • 24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan
  • Diploma Kejuruteraan
  • Diploma Teknousahawan
  • Diploma Industri
  • Diploma Kompetensi

Cara Memohon Program Diploma TVET MARA 2021

Pemohon boleh mohon secara atas talian menerusi laman web http://www.tvetmara.edu.my/ atau boleh menghubungi KKTM, MJII & IKM yang berdekatan anda.

Nota : Bagi pelajar berjaya ditawarkan kemasukan ke KKTM, MJII & IKM akan menerima hebahan melalui ‘blast SMS’ dan semak tawaran di portal http://www.tvetmara.edu.my/.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian seperti berikut :

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

No. Tel : +60 3 2613 4258
No. Faks : +60 3 2691 4510
Emel : info@tvetmara.edu.my

BACA JUGA : Permohonan KKTM MJII IKM 2021 TVETMARA

Leave a Reply