Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi 2023 KPM (Borang)

Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi 2023 KPM (Borang). Nak jadi pensyarah di Kolej Matrikulasi? Panduan buat lepasan Ijazah Sarjana Muda yang ingin membuat permohonan jawatan pensyarah. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan kekosongan jawatan pensyarah akademik Kolej Matrikulasi bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44/DG48/DG52 (KUJ) untuk tahun 2023. Permohonan ini boleh secara online dengan memuat turun borang permohonan menerusi portal www.moe.gov.my. Iklan ini adalah dibuka bagi tempoh sepanjang tahun.

Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi 2023 KPM (Borang)

Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi 2023 KPM (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kekosongan jawatan pensyarah akademik Kolej Matrikulasi termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai jawatan dan cara mohon :

Syarat Kelayakan Mohon Jawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi

A. Syarat Umum

  • PPP Gred DG44/ DG48/ DG52 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);
  • Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2020, 2021 dan 2022;
  • Bebas daripada tindakan tatatertib;
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;
  • Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan.

B. Syarat Khusus

  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon;
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan);
  • Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1;
  • Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik;
  • Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun;
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Senarai Kekosongan Jawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi

Kekosongan jawatan adalah bagi subjek seperti berikut;

i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia
iv. Sains Komputer
v. Matematik
vi. Bahasa Inggeris
vii. Perakaunan
viii. Pengurusan Perniagaan
ix. Ekonomi
x. Pengajian Am

Cara Mohon Jawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi 2023

1. Permohonan ini boleh dibuat dengan memuat turun borang menerusi pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/matrikulasi-2/5509-iklan-kekosongan-jawatan-pensyarah-akademik-2023

2. Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti di
Lampiran A.

3. Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.

4. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

5. Mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)

NOTA: Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh iklan dibuka, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi KPM www.moe.gov.my.

BACA JUGA: Jawatan Kosong MySTEP Online

Sumber: MOE

One Response

  1. Sabrina Shamsul Ariffin August 7, 2023

Leave a Reply