Permohonan Kemasukan Sekolah Pendidikan Khas 2024 Tingkatan 1 & 4 (SMKPK/SMPKV/KV). Panduan buat ibu bapa yang ingin memasukkan anak mereka dalam program Pendidikan Khas. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Pendidikan Khas ambilan 2024. Permohonan ini dibuka bermula daripada 10 September hingga 8 November 2023 melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my.
Permohonan Kemasukan Sekolah Pendidikan Khas 2024 Tingkatan 1 & 4 (SMKPK/SMPKV/KV)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Pendidikan Khas termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon serta semakan tawaran:
Tarikh Permohonan: 10 September – 8 November 2023
Syarat Kemasukan Sekolah Pendidikan Khas 2024
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas adalah seperti berikut;
a. Calon adalah warganegara Malaysia.
b. Calon mesti dari Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
c. Calon mestilah sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan lain-lain penyakit) yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
d. Mempunyai surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan/swasta.
e. Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan permohonan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK).
e. Berkeupayaan mengurus diri.
f. Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat.
NOTA: Untuk semak syarat khusus sila ke pautan https://epkhas.moe.gov.my/permohonan/dokumen/syaratpermohonan.pdf
Senarai Khusus Ditawarkan Pendidikan Khas Ke SMKPK/SMPKV/KV KENINGAU
Kursus-kursus yang ditawarkan di SMK Pendidikan Khas, SMPK Vokasional dan KV Keningau bagi ambilan 2024 boleh rujuk di pautan https://epkhas.moe.gov.my/permohonan/dokumen/senarai_sek.pdf
Cara Mohon Kemasukan Sekolah Pendidikan Khas 2024
1. Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my/
2. Klik bahagian ‘Login’ dan klik ‘Login Ibu Bapa/Penjaga.
3. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
4. Sila isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
5. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
6. Lengkapkan maklumat yang perlu diisikan.
7. Buat pengesahan dan hantar.
Semakan Permohonan Pendidikan Khas Ke SMKPK/SMPKV/KV
Semakan tawaran boleh dibuat secara online melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my/permohonan/semakpermohonan.cfm
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian 03 8884 9190 atau emel ke aduanepkhas@moe.gov.my