Permohonan Kemasukan SMA MAIWP 2023 Online Tingkatan 1 & 4 (SMAM). Berminat melanjutkan pengajian ke SMA MAIWP? Perhatian buat pelajar yang berminat membuat permohonan SMA MAIWP ambilan 2023. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang dibuka pada 25 November hingga 15 Disember 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi MAIWP.

Permohonan Kemasukan SMA MAIWP 2023 Online Tingkatan 1
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke SMA MAIWP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau ringkasnya SMA MAIWP adalah merupakan Sekolah Menengah Agama yang dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Objektif penubuhan SMA MAIWP adalah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat Menengah.
Syarat Kemasukan SMA MAIWP 2023
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP bagi Tingkatan 1 dan 4 adalah seperti berikut:
Tingkatan 1
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan.
- Memperolehi keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan tahun 2022.
- Memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau Setaraf.
- Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik.
- Aktif dalam bidang kokurikulum.
Tingkatan 4
- Murid mestilah warganegara Malaysia (lelaki sahaja).
- Keutamaan kepada asnaf yang bermastautin atau menetap di Wilayah Persekutuan.
- Berumur 16 tahun ketika permohonan.
- Cemerlang dalam akademik keutamaan dalam bahasa Arab dan Pendidikan Islam atau menghafaz minimum 15 juzuk al-Quran (institusi tahfiz) atau menghafaz minimum Matan Ajrumiah dan Matan Bina’ (institusi pondok).
- Berminat mempelajari kitab-kitab turath (Arab, Jawi dan Hadith).
- Aktif dalam bidang kokurikulum.
Senarai Aliran SMA MAIWP
SMA MAIWP – Sekolah Menengah Agama MAIWP Kurikulum Bersepadu Dini
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- Subjek teras & elektif Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kurikulum Bersepadu Dini (dalam bahasa Arab)
SMISTA – Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Kurikulum Bersepadu Tahfiz
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- Subjek teras & elektif Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kurikulum Bersepadu Tahfiz (dalam bahasa Arab)
- Hafazan Al-Quran 30 juzuk (Tingkatan 1-5)
Senarai Sekolah Menengah Agama MAIWP
Tingkatan 1
- Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
Tingkatan 4
- Pondok Moden Al-‘Abaqirah

Cara Mohon Kemasukan SMA MAIWP 2023 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web seperti berikut;
Tingkatan 1 : https://my03.awfatech.com/maiwp/standalone/stureg/stureg_status.php?sysapp=maiwp
Tingkatan 4 : https://my02.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alabaqirah
2. Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama.
3. Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport.
4. Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung di talian 019-6702779 atau 03-4047 9444 samb. 519/543 atau boleh diemelkan kepada upmbpi21@gmail.com.
BACA JUGA : Semakan Keputusan SMA MAIWP 2023
Assalamualaikum..
Saya ingin memohon Permohon Biasiswa Yayasan TNB.
Ingin memohon pendaftaran baru
Untuk darjah 1 tahun 2023.
Saya memuliki 7 org ank.
YANG mana ank SULUNG masih bersekolah di form 5.
5 org ank yg sedang bersekolah.
Terima Kasih.